FOTO – AFC

 

Pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak berdepan tugas sukar hari ini, berdepan tuan rumah pada aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang berlangsung di Stadium Awam Paju, petang ini.

Bojan mengakui cabaran getir menanti meskipun moral pemain di tahap tertinggi susulan kemenangan besar ke atas Indonesia pada Isnin.

“Korea adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kumpulan ini. Tetapi kami akan tetap memberikan tentangan.

“Kami perlu bermain secara bertahan dengan baik dan berdisplin serta menanti peluang terbaik menerusi serang balas,”kata Bojan.

Sedikit resah di kem Malaysia apabila dua pemain, Nabil Hakim Bokhari (pertahanan) dan Muhd Zafuan Azeman (penyerang) terpaksa diketepikan susulan kecederaan.

“Secara teknikal, pemain pemain Korea adalah lebih baik berbanding Malaysia, justeru kami perlu memastikan pemain pemain mematuhi apa yang telah ditetapkan.

“Perancangan yang kami gunakan ketika menentang Indonesia adalah baik dan saya harap ia berulang kembali,”katanya lagi.

Selepas penarikan diri beberapa pasukan di pusingan kelayakan ini, keputusan menentang pasukan di tangga keempat dan kelima dalam setiap kumpulan tidak akan dikira. Bagi Malaysia, hanya keputusan ke atas Indonesia dan Korea Selatan akan dikira bagi menentukan kedudukan lima pasukan terbaik.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

Kedudukan pasukan – Kumpulan F

KOREA REPUBLIC 3 3 0 0 19 0 19 9
MALAYSIA 3 3 0 0 8 2 6 9
INDONESIA 4 2 0 2 11 8 3 6
TIMOR-LESTE 3 0 0 3 1 12 -11 0
BRUNEI DARUSSALAM 3 0 0 3 0 17 -17 0
- Advertisement -