Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), terus berusaha untuk memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia bagi musim akan datang menerusi pembaharuan terkini dimana lima pemain import dibenarkan beraksi dalam Liga Super.

Menerusi kenyataan media, FMLLP mengekalkan kuota tiga orang pemain import serta seorang pemain kuota Asia yang diperkenalkan sebelum ini.

Bermula musim 2018, FMLLP memperkenalkan penggunaan kuota seorang pemain ASEAN bagi setiap pasukan hingga 2022.

Pemain dari negara Asia Tenggara perlu mempunyai minima 30 penampilan antarabangsa untuk pasukan utama negara terlibat dan ia perlu dibuktikan dengan mengemukakan surat rasmi dari Persatuan Bolasepak Negara yang mana Pemain tersebut bermain,”

FMLLP menjelaskan sekiranya pemain kuota ASEAN berkenaan kurang daripada 30 penampilan antarabangsa, pasukan terlibat boleh memohon pengecualian namun keputusan akhir adalah muktamad dan tertakluk kepada budi bicara FMLLP.

Manakala kuota pemain asing bagi saingan Liga Perdana musim depan masih kekal iaitu tiga pemain import serta seorang pemain kuota Asia.

FMLLP berkata kesemua lima pemain asing dibenarkan bermain untuk Liga Super namun hanya empat daripada lima pemain asing sahaja dibenarkan beraksi dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia bagi memberi keadilan kepada pasukan dari Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang turut bersaing dalam kedua-dua pertandingan berkenaan.

“Peraturan ini akan dikaji semula keberkesanannya selepas berakhirnya tempoh tersebut,” kata FMLLP sambil memaklumkan pindaan penggunaan pemain asing dalam Liga Malaysia telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang bermesyuarat pada 19 Sept lepas.

Samada ia bakal menjanjikan 1001 persoalan mahupun kritikan, perancangan ini memerlukan masa dan ruang.

Sudah sampai masa untuk mentaliti kelas rendah ini dikurangkan, dan sebaliknya lihat kehadapan, tidak perlu lagi menoleh kebelakang.

Keputusan yang terhasil ketika Datuk K Rajagobal meraih pingat emas di Sukan SEA pada 2011 diikuti Piala Suzuki AFF setahun kemudian, mungkin akan sentiasa dijadikan kayu pengukur.

Namun dunia bolasepak sentiasa berubah begitu juga semua pihak yang turut perlu mengikuti arus perubahan andai mahukan kemajuan.

Risiko tetap wujud samada beraksi dengan atau tanpa pemain import, yang penting, sejauh mana pengurusan, pemain mahu menjadikan mentaliti mahu bersaing dengan pemain luar ini untuk menjadi lebih baik.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -