Biarpun belum ada pengesahan rasmi dan masih dilihat sebagai sembang ā€˜kedai kopiā€™, finalis Piala Malaysia, Kedah nampaknya sudah menemui pengganti untuk mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih pasukan itu dari Nidzam Adha Yusoff.

Ianya tidak lain, bekas pengendali Johor Darul Takzim (JDT) yang turut pernah ditawarkan untuk membimbing skuad kebangsaan, Mario Gomez sekaligus mengetepikan calon pilihan penyokong Lang Merah, Ramon Marcote.Ā 

Gomez mempunyai rekod cemerlang bersama skuad harimau selatan sepanjang dua tahun membimbing pasukan itu, menjuarai Liga Super dua musim berturut-turut pada 2015 dan 2016, Piala FA 2016 dan paling cemerlang membawa JDT mencipta sejarah menjulang Piala AFC 2015.

Marcote tidak kurang hebatnya apabila bekerjasama cemerlang dengan Tan Cheng Hoe pada 2015 untuk membawa Kedah menjuarai 100 PLUS Liga Premier dan mara ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Selangor.

Manakala Nidzam yang diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan bermula tahun ini ekoran penghijrahan Cheng Hoe ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), juga tidak mengecewakan apabila membawa Kedah menjuarai Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia.

Nidzam bagaimanapun telah menyatakan secara terbuka kesediaan melepaskan jawatan dan meminta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mencari jurulatih lebih berpengalaman untuk membimbing pasukan itu sekaligus menyebabkan KFA bergerak aktif mencari pengganti.

Justeru itu, Gomez yang sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk kembali menabur bakti dalam Liga Malaysia mengakui ada menerima tawaran dari KFA.

ā€œKami tidak berbincang secara terperinci, tetapi saya tidak ada masalah dengan kontrak dan gaji yang mereka tawarkan. Saya berminat membimbing mereka kerana Kedah sebuah pasukan yang mempunyai tradisi dan perancangan pembangunan bakat muda yang bagus,ā€ kata jurulatih berusia 60 tahun kelahiran Argentina itu. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -