Don't Miss

Khairul Helmi minta maaf kepada penyokong

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/11/khairul-helmi-minta-maaf-kepada-penyokong">
Twitter
Pinterest

Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari meminta maaf kepada semua penyokong pasukan itu di atas kegagalan mempertahankan Piala Malaysia setelah tewas kepada Johor Darul Takzim dalam aksi final yang berlangsung Sabtu.

“Pasukan lawan memanfaatkan kelekaan di pertahanan untuk mendapatkan jaringan awal. Kita telah cuba untuk memberi tentangan namun gagal bangkit selepas gol awal itu, tumpuan dan moral kami terganggu dan kami bergelut mendapatkan semula rentak manakala JDT pula bermain dengan lebih yakin.

“Maaf kerana telah mengecewakan semua yang berdiri memberi sokongan di belakang kami serta semua penyokong yang datang dari jauh.

“Kami turut kecewa dengan kekalahan ini namun saya harap penyokong faham betapa kami semua telah memberikan segala yang terbaik, kita turut mencipta peluang tetapi jelas ia bukan malam kita,” ujar Khairul Helmi yang juga pemain kebangsaan. 

Aksi final di Stadium Shah Alam itu menyaksikan JDT bergelar juara buat pertama kali setelah mencatat kemenangan 2-0 menerusi jaringan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd Razak seawal minit kedua dan Gonzalo Cabrera pada minit ke-63.

Kedah yang tampil beraksi di final ketiga berturut-turut mempunyai dua peluang terbaik menjaringkan gol – kedua-duanya menerusi Baddrol Bakhtiar masing-masing terkena palang dan tiang.

Kemenangan buat JDT menyaksikan mereka muncul juara berganda musim ini setelah turut menjulang Liga Super pada bulan lalu manakala Kedah berpuas hati dengan Piala Sumbangsih dan Piala FA. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0