Lang Merah nyata bersedia memanfaatkan kelebihan sekaligus mempertahankan kejuaraan manakala Johor Darul Takzim (JDT) sudah bersedia untuk berdepan kesemua kemungkinan termasuk penentuan penalti.

Di kem Kedah kendalian Nidzam Adha, beliau tampak lebih selesa dengan status underdog malam esok.

Aksi final ketiga di Shah Alam yang diibarat sebagai rumah kedua selepas Alor Setar, pastinya bakal menjanjikan saingan yang sengit.

“Tanggungjawab kali ini leboh berat kerana saya perlu perhatikan sebelum, dan ketika perlawanan serta melakukan perubahan drastik dengan cepat.

“Kekuatan JDT adalah mereka merupakan pasukan kegemaran dan seimbang disemua posisi serta sokongan dan kemahiran individu,” kata Nidzam Adha.

Dari satu aspek, Nidzam melihat ketiadaa pemain pertahanan import Marcos Antonio yang cedera sebagai satu kelebihan, namun beliau perlu berhati hati dengan pemain tengah dan kekuatan corak serangan lawan.

Bagi kapten Lang Merah, Khairul Helmi Johari, kekuatan pasukannya terletak pada keharmonian dikalangan pemain.

“Memang kita ada pemain senior dan junior, tetapi ketika latihan, semua adalah sama.

“Tidak ada istilah pemain bintang dan kami dapat bekerjasama dengan baik sehingga dapat ke final tiga kali,”kata Helmi.

Sementara itu, di kem Harimau Selatan, pengendalinya Ulisses Morais sudah bersedia untuk mengharungi saingan samada masa penuh 90 minit, 120 minit mahupun penentuan penalti.

Seperti Nidzam, beliau juga menjangkakan saingan malam esok cukup sengit.

Tambahnya lagi, perancangan telahpun diatur untuk mencari peluang terbaik di kubu Kedah serta menilai kelebihan dan kekurangan pasukan lawan.

“Kedah adalah pasukan yang baik. Mereka ada kelebihan dan kekurangan dan kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk menang,”katanya lagi

Untuk Safiq Rahim yang mengendalikan JDT sebagai kapten pasukan,  penampilan 2017 di pentas final diharapkan menjadi tuah buat dirinya selepas kempunan di 3 hari seterusnya.

Malah, beliau menganggap kesemua pemain Kedah tidak boleh dipandang ringan.

“Dua kali saya bersama pasukan JDT,sekali bersama Selangor dan semua pasukan mahukan kemenangan,”kata Safiq.

“Tidak kisah jika bermain 90 min, 120 minit, atau penentuan penalti

“Saya harap 2017 membawa tuah untuk JDT kali ini, semua sudah bersedia memberikan perlawanan yang terbaik.

Kedah muncul juara Piala Malaysia tahun lalu selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 1 sama.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -