Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kedah dan Johor Darul Takzim malam ini.

 Jelasnya lagi, beliau turut berharap penyokong dari selatan tanah air selamat pergi dan pulang bagi menyaksikan perlawanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

“Saya percaya dan mendoakan pasukan JDT berjaya dan saya percaya pasukan JDT amat menghargai penyokongnya dan saya doakan penyokong jdt selamat dan pergi tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.

” JDT pasukan yang kuat……ramalan…mungkin 2-0,”kata Khaled

Rabu lalu , kerajaan Johor turut mengumumkan Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa di negeri itu jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2017.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -