Badminton Asia Junior Championships 2017 – Malaysia

 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melaksanakan ‘jendela penyingkiran’ bermula 2018 ke atas pemain pemain yang bernaung dibawah persatuan itu.

 Presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, ‘jendela penyingkiran’ ini akan dilakukan sebanyak dua kali, Februari dan Ogos selepas mendapat persetujuan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) pada Selasa.

Ia bertujuan untuk mengeluarkan pemain pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang positif dan akan digantikan dengan pemain baru.

Tambah Norza, ketua jurulatih diminta untuk menyediakan ranking pemain untuk menilai tahap dan prestasi pemain.

Dalam pada itu, jumlah penyertaan pemain di kejohanan akan ditentukan berdasarkan ranking yang dibuat oleh ketua jurulatih.

Pemain yang berada di ranking 1 hingga 72 akan dibenarkan menyertai minimum 12 kejohanan sementara ranking ke 73 dan seterusnya adalah sebanyak 10 kejohanan.

Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan prestasi mereka sentiasa meningkat bagi mengelakkan tersingkir selepas pelaksanaan ‘jendela penyingkiran’ tahun depan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata ‘jendela penyingkiran’ itu akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu bermula Februari 2018 untuk permulaan dan jendela kedua pada Ogos.

Katanya, keputusan untuk mewujudkan sistem penyingkiran itu telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hari ini.

Justeru, bagi pelaksanaan ‘jendela penyingkiran’ itu, semua ketua jurulatih di lima bahagian perlu mewujudkan ranking para pemain bagi menilai prestasi mereka dari semasa ke semasa.

“Bermula 2018, kita akan ada dua jendela iaitu untuk mengeluarkan pemain yang tidak berprestasi baik dan menggantikan dengan pemain yang baharu.

“Sebab itu kita mahu ketua jurulatih melakukan ranking dalaman…dengan ranking dalaman ketua-ketua jurulatih dapat mengenal pasti prestasi pemain-pemain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini.

Selain itu, Mohamad Norza berkata BAM juga bersetuju untuk mengadakan garis panduan penyertaan kejohanan berdasarkan prestasi semasa para pemain.

Beliau berkata bagi pemain yang berada di ranking 1 hingga 72 akan dibenarkan menyertai minimum 12 kejohanan manakala yang berada di ranking 73 ke bawah sebanyak 10 kejohanan.

Setiap pemain yang berada di ranking tertentu juga perlu mencapai petunjuk prestadi utama (KPI) yang akan ditetapkan oleh ketua ketua jurulatih seperti perlu melepasi peringkat separuh akhir di setiap kejohanan yang disertai.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Cai dilantik untuk menjadi perantara diantara barisan kejurulatihan dan pemain pemain bagi menggantikan tugas bekas Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -