Don't Miss

Program Podium Bantu Naikkan Semula Prestasi Atlet – Pandelela

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/11/program-podium-bantu-naikkan-semula-prestasi-atlet-pandelela">
Twitter
Pinterest

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyifatkan Program Podium sangat signifikan dalam meningkatkan prestasi atlet untuk kekal konsisten walaupun terdapat atlet bergelut dengan masalah kecederaan.

Pemenang pingat emas 10m platform individu di Kejohanan Grand Prix Terjun Fina di Gold Coast, Australia 11 Nov lepas berkata kali ini program berkenaan menyediakan kepakaran dalam aspek psikologi, fisioterapi dan pasukan biomekanik yang akan bersama-sama atlet didalam pertandingan dan kem latihan.

“Saya ingin berterima kasih kepada (program) podium kerana masih memilih saya sebagai atlet podium (Progam Podium 2018). Saya akan lebih berusaha supaya terus menyumbang pingat untuk negara.

“Program ini sangat membantu dalam meningkatkan prestasi atlet. Kami (atlet podium) memikul tanggungjawab besar kerana sasaran yang diletakkan adalah menyumbang pingat,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini.

Pandelela antara atlet berprestasi tinggi yang konsisten diserapkan dalam program podium bagi kali ketiga sejak 2016.

Beliau berkata program podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN) banyak membantu menaikkan semula prestasinya selepas pulih daripada kecederaan lama di bahagian bahu dan belakang badan.

“Saya memang sentiasa merujuk kepada ISN mengenai kecederaan saya, dari awal tahun prestasi tidak begitu baik tetapi setelah menerima rawatan dan nasihat daripada pihak ISN, kecederaan semakin pulih dan saya gembira prestasi saya lebih bagus dan konsisten sepanjang penghujung tahun ini,” katanya.

Sebelum ini Pandelela turut cemerlang dengan meraih pingat emas bersama Leong Mun Yee bagi 10m platform seirama di Kejohanan Terjun FINA Grand Prix Kuala Lumpur pada Oktober lepas.BERNAMA 

 

Please follow and like us:
0