Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix yang berlangsung pada 5 November di Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas pemeriksaan keselamatan litar yang dijalankan pada jam 0800, Ahad, mesyuarat steward AAM memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan tidak selamat disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.

Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November, 2017.

- Advertisement -