Don't Miss

Selamat tinggal Piala Asia 2019.

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/11/selamat-tinggal-piala-asia-2019">
Twitter
Pinterest

Peluang terakhir untuk skuad Harimau Malaya menghidupkan sisa perjuangan untuk ke Piala Asia 2019 tidak kesampaian apabila tewas 1-4 ditangan Korea Utara.

Selepas menerima kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama di Stadium I Mobile, Buriram, Thailand pada Sabtu, anak didik Nelo Vingada memasang impian untuk mencari mata pada perlawanan kedua hari ini.

Impian tersebut bagaimanapun musnah apabila Korea Utara meraih dua gol dalam tempoh 5 minit.

Minit 15, berpunca daripada sepakan sudut, Kim Yu Song menanduk masuk peluang terhidang untuk meletakkan Korea Utara mendahului 1-0.

Lima minit berselang, Kim Yu Song sekali lagi mencatat nama selaku penjaring Korea Utara, juga menerusi tandukan hasil sepakan penjuru rakan sepasukan.

Skuad kendalian Jorn Andersen ternyata lebih baik daripada semua aspek berbanding Malaysia apabila berjaya mengawal bola disegenap ruang selain mudah mematahkan percubaan Malaysia untuk merobek gawang yang dikendali Ri Myong Guk.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Kim Yu Song melengkapkan hatriknya untuk meletakkan Korea Utara selesa mendahului 3 gol tanpa balas.

Meskipun Nelo Vingada melakukan pertukaran pemain di babak kedua perlawanan, Malaysia terus buntu mencari peluang untuk melakar jaringan.

Sebaliknya, anak didik Jorn Andersen lebih garang memburu gol dan berjaya melebarkan jurang jaringan di minit 79 menerusi penyudah Kim Yong Il.

Malaysia setidak tidaknya pulang kosong apabila larian deras pemain gantian, Safawi Rasid yang menyambar hantaran Nor Azam Azih sebelum melepaskan rembatan untuk memecah kebuntuan untuk Malaysia di minit 85.

Kekalahan kelima dalam saingan Kelayakan Piala AFC 2019 menyaksikan Malaysia terus menghuni tangga tercorot sekaligus layak secara merit.

Manakala Korea Utara semakin hampir untuk beraksi di Emiriyah Arab Bersatu apabila menduduki tangga ke kedua dengan 8 mata berjaya diraih setakat ini.

Kedudukan mungkin berubah buat Korea Utara andai Hong Kong melakar kejutan ke atas pendahulu Kumpulan B, Lebanon.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

 

 

 

 

 

Please follow and like us:
0