Don't Miss

SEMASHUR ‘mengganas’, rampas kembali Piala Datuk Sulaiman Daud

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/11/semashur-mengganas-rampas-kembali-piala-datuk-sulaiman-daud">
Twitter
Pinterest

FOTO – SEMASHUR

Pasukan ragbi Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) terus membuktikan kemampuan mereka sebagai salah satu perintis masa depan bagi sukan ragbi apabila muncul juara Piala Datuk Sulaiman Daud.

SEMASHUR memenangi trofi ini selepas menundukkan wakil dari Kedah, Sekolah Men Sains Pokok Sena (SAINA) dengan keputusan 15-0.

Pasukan SAINA terdahulu melangkah ke final selepas menundukkan pasukan pilihan, Sekolah Sultan Alam Shah 13-0 .

Aksi final diantara SEMASHUR dan SAINA nyata berat sebelah apabila perlawanan didominasi sebelah pihak.

Harriz Ezzat Hamidon meletakkan SEMASHUR didepan sebelum Mohd Najmuddin Norhisham dan Asrul Idham Asri melengkapkan kemenangan mutlak pasukan kendalian Soleh Abdul Hamid untuk muncul juara Piala Datuk Sulaiman Daud.

Kejohanan ini merupakan salah satu daripada acara dalam Kejohanan Ragbi 10’s bawah 15 tahun MSSM / Milo.

SEMASHUR mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas mendominasi peringkat kumpulan dengan rekod kemenangan 100 peratus.

Anak didik Soleh Abdul Hamid membuka kempen peringkat kumpulan F dengan kemenangan selesa 46-0 ke atas MRSM Kuching sebelum menjadikan MRSM Kuala Terengganu sebagai mangsa kedua dengan kemenangan 43-0.

SEMASHUR melengkapkan kemenangan 100 peratus dalam saingan kumpulan sekaligus mara ke kelompok 16 terbaik selepas membenam Sekolah Men Kebangsaan King Edward VII 24-0.

Sekolah Men Tinggi Klang tampak gagal mengatasi kemampuan SEMASHUR di pusingan kalah mati selepas tumpas 0-33 untuk penentuan ke suku akhir.

Cabaran yang dinanti hadir di pusingan separuh akhir apabila Sekolah Men Seri Mersing dari Johor mengejutkan anak didik Soleh dengan dua try.

Namun ia tidak merencatkan semangat juang pemain SEMASHUR apabila bangkit untuk mendominasi perlawanan sekaligus menamatkan saingan dengan kemenangan 33-14 dan mengesahkan slot ke final selepas menundukkan Sekolah Dato’ Abdul Razak dari Negeri Sembilan dengan kemenangan 22-0.

Pasukan ragbi SEMASHUR merupakan pasukan diperingkat akar umbi yang dibiaya sepenuhnya oleh ibu bapa pemain dan turut bergandingan dengan pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan sebelum, ketika dan selepas kejohanan yang disertai. OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

Please follow and like us:
0