#Juara Bertahan, JapanHanya Mampu Menduduki Tempat Kedua

Selepas kalah kepada Singapura di Sukan SEA baru-baru ini, Thailand berazam untuk memenangi Kejohanan Golf  Piala Nomura 2017.

Pasukan Thailand mendominasikan saingan sejak hari pertama, melakar sejarah apabila merampas Piala Nomura daripada juara bertahan, Jepun.

Gandingan kuartet Thai yang diwakili Kammalas Namuangruk, Atiruj Winaicharoenchai, Kosuke Hamamoto dan Sadom Kaewkanja memberi tumpuan sepenuhnya untuk bermain sebagai satu pasukan dan berjaya membenam birdies di sepanjang hari.

“Kita akhirnya berjaya,” kataKanes Nitiwanakul, Pengurus Pasukan Thailand. “Ini adalah perasaan terbaik yang kami rasa terutamanya selepas kami kalah kepada Singapura di Kejohanan Golf SEA Games baru-baru ini.”

“Semua kredit kerana memenangi Kejohanan ini diberikan sepenuhnya kepada pemain kerana mereka tidak tunduk di bawah tekanan. Saya amat bangga dengan prestasi mereka kerana mereka dapat mengendalikan tekanan dengan baik,” tambah Nitiwanakul.

Keadaan cuaca pada sepanjang kejohanan sangat baik dimana permainan dapat ditamatkan dengan sempurna walaupun Malaysia di kala ini mengalami musim hujan yang agak teruk.

Afif Fathi terus memimpin pasukan Malaysia walaupun beliau adalah pemain junior berbanding dengan ahli pasukan yang lain dengan membuat pukulan 14 dibawah par. Afif Fathi menjadi pemain terbaik Malaysia di Kejohanan dan berkongsi di tempat ke-5. 

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian saya sepanjang Kejohanan ini,” kata Afif Fathi. “Susun atur padang golf dan juga kelajuan green sangat sesuai dengan permainan saya kali ini.Saya masih tidak percaya saya dapat tempat ke-empat.”

Malaysia mengakhiri Kejohanan ini di tempat ke-12 selepas mengumpul 9 pukulan dibawah par-855 (211, 216, 210, 218).

“Kami tidak dapat mencapai objectif kali ini untuk meduduki tempat kesepuluh teratas,” kata Teoh Piek Kee, Pengurus Pasukan Malaysia. “Walaubagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Pasukan Malaysia terutamanya Afif Fathi.” 

Dikendalikan oleh Persatuan Golf Malaysia,Kejohanan Piala Nomura 2017 menggunakan format 72-lubang strokeplay di par-72, 6,991-yarddi Kelab Golf Sungai Long. Kejohanan kali ini disertai seramai 92 pemain amatur terbaikdariAustralia, Bahrain, Chinese –Taipei, China, Fiji, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, Korea, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Philippines, Qatar, Saudi Arabia, Singapore, Thailand, UAE, Kyrgysztan dan juga hos, Malaysia dimana mereka adalah ahliKonfederasi Golf Asia Pasifik.

Kejohanan Piala Nomura ini adalah salah satu Kejohanan Amatur Berpasukan yang paling berprestij di Rantau Asia Pasifik.Selalunya, Kejohanan ini diambil sebagai batu loncatan untuk pemain meneruskan karier mereka di peringkat professional.

Pemain Thailand, Kammalas Namuangrukmemenangi Juara Individu dengan pukulan18-dibawah-par 270 (64, 72, 64, 70).

Kejohanan ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Jamuan Makan Malam di Hotel Royale Chulan.

 

Tempat Ketiga Teratas

Pasukan

  1. Thailand – 204, 199, 201, 204 – 808 (-56)
  2. Japan – 209, 204, 202 , 205 – 820 (-44)
  3. Australia – 211, 202, 209, 203 – 825 (-39)

 

Individu

  1. Kammalas Namuangruk (Thailand): 64, 72, 64, 70 – 270 (-18)
  2. Kazuya Osawa (Japan): 68, 66, 68, 69 – 271 (-17)
  3. Sadom Keakwanja (Thailand): 69, 66, 70, 67 – 272 (-16)

 

- Advertisement -