Don't Miss

Velodrom Rakyat masih kekal – Amarjit

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/11/velodrom-rakyat-masih-kekal-amarjit">
Twitter
Pinterest

 

 

Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA) Datuk Amarjit Singh Gill menafikan laporan media cetak tentang Velodrom Rakyat di Ipoh bakal dirobohkan.

Menurut laporan media tersebut, Velodrom Ipoh diarahkan untuk dirobohkan oleh badan induk berbasikal dunia (UCI) kerana dikatakan gagal menepati piawaian yang ditetapkan.

Menerusi kenyataan media, Datuk Amarjit menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar.

“Sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengurusan Eksekutif UCI, saya hadir ketika mesyuarat di Guilin dan penjelasan yang sebenar tiada sebarang perbincangan atau perkataan Velodrom Rakyat dikeluarkan sepanjang hari,”Kata Amarjit.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut menambah, proses untuk mendapatkan homologation masih berjalan, malah, Pegawai Teknikal UCI bersedia untuk memberikan pandangan untuk membantu.

Homologation adalah proses mengesahkan semua spesifikasi yang dibina di Velodrom Rakyat menepati piawaian UCI.

“Berkenaan isu pengguguran acara trek daripada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak, perlu dijelaskan apa sahaja acara bertaraf kebangsaan yang dijalankan di trek berkenaan, perlu mendapatkan homologation daripada PKBM.

“Justeru, soal acara trek akan digugurkan di SUKMA 2018 tidak timbul,”katanya lagi.

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dihadiri Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab, Tan Sri Darshan Singh dan Datuk Amarjit telah diberi arahan untuk memastikan kontraktor perlu memastikan trek di Velodrom Rakyat mendapat homologation daripada UCI.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri kontraktor terlibat dan jurubina trek yang dilantik, Sander Douma dari Belanda.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali yang ditemui enggan memberi ulasan lanjut dan menyerahkan perkara ini kepada Datuk Amarjit .

Pada 2016, KBS mengeluarkan peruntukkan sejumlah RM 11juta untuk membaik pulih trek kayu sepanjang 250 meter.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

Please follow and like us:
0