Don't Miss

Felda United turun ke Liga Premier, N Sembilan, PKNP ke Liga Super

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/felda-united-turun-ke-liga-premier-n-sembilan-pknp-ke-liga-super">
Twitter
Pinterest

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengesahkan Felda United diturunkan ke Liga Premier musim depan selepas gagal mendapat lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tambahnya lagi, dua pasukan dari Liga Premier musim lalu, Negeri Sembilan dan PKNP dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2018.

Pengurusan Felda United gagal menghantar dokumen berkaitan aspek kewangan pada waktu ditetapkan sebelum 23 Ogos lalu, membuatkan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tiada pilihan selain menurunkan Felda ke Liga Perdana.

Selain Felda, T-Team FC, yang akan dikenali sebagai Terengganu FC II musim depan, juga akan beraksi dalam Liga Perdana selepas permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mahu menjadikan T- Team sebagai pasukan sokongan.

Tambah Kevin, tindakan ini dilakukan selepas semua wakil dalam Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang mahu kesemua pasukan mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Mereka telah berjaya mendapatkan lesen FAM untuk bertanding dalam saingan Liga Super. Felda gagal meraih lesen kerana gagal menyediakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan,” kata Kevin.

Mengenai keputusan memilih PKNP dan Negeri Sembilan secara automatik ke Liga Super, FMLLP mempunyai pendirian tersendiri kerana tidak mahu mengadakan perlawanan play-off.

Sebagai merit, Sarawak dan Pulau Pinang yang mengakhiri saingan di dua tangga tercorot Liga Super perlu diturunkan ke Liga Perdana sementara tempat mereka diisi PKNP dan Negeri Sembilan yang sudah mempunyai lesen FAM.

Please follow and like us:
0