FOTO – TIGER SUPER SPORT

Selepas  berjaya membawa pasukan layak ke saingan kelayakan Piala Dunia 2019 di Jepun, Lee Nyuk Fah sedar tanggungjawab yang bakal digalas sepanjang kalendar 2018 lebih sukar.

Pengendali skuad 15’s negara ini sudahpun merangka latihan, perancangan, program yang lebih ‘ekstrem’ kepada pemain pemain negara untuk memastikan mereka semua bersedia sepenuhnya.

“Kami lebih menumpukan persiapan secara umum, manakala pemain pemain baru lebih di beri penekanan terhadap corak permainan mengikut perlawanan,”kata Lee Nyuk Fah.

Malah beliau juga sedang meneliti untuk mencari pemain yang sesuai di beberapa posisi yang dilihat belum mencapai prestasi optimum.

Tambahnya lagi, Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) dan Kelayakan Piala Dunia merupakan dua pertandingan yang berbeza, justeru iaya akan memerlukan persiapan yang berbeza beza.

“Program untuk kelayakan Piala Dunia adalah agak lama iaitu enam bulan melibatkan taktikal, teknikal dan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara serta pakat nutrisi, psikologi dan analisis,”katanya lagi.

Ragbi merupakan pasukan terbaru yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada ISN meskipun tidak disenarai dalam Program Podium.

Lee Nyuk Fah juga tidak menolak kebarangkalian pasukannya untuk menjalani latihan di New Zealand pada Mac depan sebagai salah satu perancangan dan persiapan pasukan.

Hong Kong dan Korea Selatan dilihat sebagai salah satu ancaman buat Malaysia berdasarkan kualiti pemain yang dimiliki.

Sebagai persiapan awal, Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan menentang KL Tigers di padang Bellamy TUDM Kuala Lumpur dimana perlawanan berakhir dengan kemenangan selesa 43-5.

Skuad ragbi negara layak beraksi di kempen kelayakan Piala Dunia 2019 selepas menjuarai Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Asia (ARC) di Ipoh, Perak, Mei lalu.

Terdapat beberapa peringkat untuk layak ke Piala Dunia dengan skuad negara perlu mengharungi saingan Divisyen Perdana terlebih dulu yang membabitkan saingan dengan Hong Kong dan Korea Selatan.

- Advertisement -