Don't Miss

Piala Sultan Azlan Shah 2018 Bakal Uji Kemampuan Malaysian Tigers

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/piala-sultan-azlan-shah-2018-bakal-uji-kemampuan-malaysian-tigers">
Twitter
Pinterest

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)  dengan berbesar hati mengesahkan enam pasukan gergasi dunia dan Eropah bakal berentap di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018 yang  dijadualkan bakal berlangsung pada 3-11 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh Perak, yang juga dilihat sebagai medan untuk skuad Malaysian Tigers mendapat pendedahan terbaik bagi persediaan awal menjelang Hoki Piala Dunia 2018.

Berdasarkan pengesahan tersebut, Malaysia yang berada di ranking ke-12 dunia bakal berentap dengan pasukan handalan dunia seperti Australia yang berada di ranking pertama dunia, Argentina di ranking kedua, India di raking keenam, diikuti England di ranking ketujuh dan Ireland di ranking kesepuluh dunia.

Menurut Pengarah Teknikal KHM, Terry Walsh, Piala Sultan Azlan Shah 2018  merupakan cabaran terbaik untuk skuad negara membuktikan kemampuan dan memberikan tentangan hebat kepada negara bukan Asia selain menamatkan saingan dikedudukan terbaik.

“Berdasarkan kedudukan ranking enam pasukan yang bersaing, Malaysia merupakan pasukan yang berada di kedudukan keenam dan Piala Sultan Azlan Shah 2018  bakal menjadi medan untuk mengujitahap kemampuan skuad kebangsaan selain ia dilihat bakal menjadi satu cabaran untuk mereka berusaha menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik.

“Selain itu kita juga dapat melihat Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018,  menampilkan empat negara bukan Asia mengambil bahagian dan KHM melihat ia sebagai satu persediaan yang  baik buat skuad negara menuju ke Sukan Komanwel kerana pemain bakal berdepan dengan aksi yang  lebih kompetitif dan perlu untuk mereka meningkatkan mutu permainan pada tahap yang lebih tinggi dan bukan setakat di Asia sahaja,” ujar Terry Walsh.

Selain dari itu Terry Walsh juga berharap persediaan yang  bakal dijalani oleh skuad hoki negara ketika Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2018 juga akan dapat membantu mereka untuk beraksi di satu tahap yang lebih tinggi pada Sukan Asia di Indonesia pada Ogos 2018  nanti kerana dengan membawa pulang pingat emas pada sukan tersebut akan melayakkan skuad hoki negara untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik.

Dalam pada itu, KHM turut melihat dengan beberapa kejohanan yang  dijadualkan bakal berakhir dalam tempoh empat bulan pertama pada tahun 2018 seperti TNB Liga Hoki Malaysia, Piala Sultan Azlan Shah  dan Sukan Komanwel Gold Coast Australia,  ianya bakal memberikan satu persediaan dan pendedahan awal buat skuad Stephen van Huizen untuk terus melalui kejohanan-kejohanan lain pada 2018  dan lebih berdaya saing.

 

Please follow and like us:
0