Ramai yang ‘main langgar’ garis panduan ditetapkan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/ramai-yang-main-langgar-garis-panduan-ditetapkan">
Twitter
Pinterest

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah lama mempunyai garis panduan tertentu untuk dipatuhi oleh mana-mana penganjur acara marathon atau separa marathon antarabangsa, namun ramai yang tidak mengambil peduli akan garis panduan ditetapkan demi kepentingan sendiri.

Menurut Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, “Sebenarnya kita sudah lama tetapkan (garis panduan), tetapi mereka bersikap ‘main langgar’ sahaja, janji boleh buat duit. Ada juga yang guna nama orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk tidak melalui prosedur yang sewajarnya. Banyak contoh yang boleh kita berikan.

“Ia tidak lagi boleh dipandang mudah, penguatkuasaan perlu diketatkan. Apa sahaja acara marathon selepas ini, penganjur  perlu memenuhi segala garis panduan dan keperluan yang ditetapkan dengan persetujuan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Mereka perlu menghantar permohonan melalui persatuan olahraga negeri yang akan mengisi borang dan serahkan kepada KOM.

“KOM yang akan membantu mereka mendapatkan permit penganjuran dari Pesuruhjaya Sukan, dan barulah acara itu dikira sebagai sah untuk disertai. Latar belakang penganjur juga perlu disiasat terlebih dahulu secara terperinci, sama ada mereka pernah diisytihar muflis atau disenaraihitam.

“Ini demi kelicinan acara dan memastikan penganjur benar-benar berkemampuan dari segi kewangan dan teknikal untuk menganjurkannya. Pada saat mereka kutip duit (penyertaan), semua peserta larian sepatutnya dilindungi, bukan sekadar tahu mengaut keuntungan.”

Kenyataan Karim ini hadir sebagai respon kepada kejadian tiga peserta acara Klang City International Marathon yang diadakan pada hujung minggu lalu cedera parah dilanggar sebuah kereta Proton Iswara dari arah belakang ketika menyertai larian itu di Jalan Kapar, Batu 2, Selangor dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Ianya didapati acara itu dianjurkan tanpa kebenaran atau pengetahuan Pejabat Pesuruhjaya Sukan mahupun KOM sebagai badan induk sukan itu.

Sementara itu, Karim berkata mana-mana atlet kebangsaan yang didapati terlibat mengambil bahagian dalam acara marathon tidak diiktiraf atau mendapat kelulusan penganjuran akan diberi amaran keras, selain surat tunjuk sebab.

“Kita tahu ada di antara atlet yang mungkin mengambil bahagian dalam acara larian seperti ini untuk mencari duit poket. Tetapi kita tidak akan bertolak ansur kepada yang menyertai larian haram kerana atlet kita, adalah tanggungjawab kita,” ujarnya.  OLEH MUHD AIMAN 

 

Please follow and like us:
0