Saingan hari pertama format fourball kejohanan golf berpasukan Piala Eurasia 2018 di Kelab Golf Glenmarie, Subang menyaksikan penguasaan pasukan Asia apabila mendahului dengan keputusan 3 1/2 mata, mengatasi pasukan Eropah yang mengumpul 2 1/2 mata.

Gandingan Poom Saksansin dan Sunghoon Kang nyata berhasil apabila menamatkan saingan sehingga lubang ke 14 untuk mengumpul 5 UP (five Up) sekaligus memberikan mata penting untuk pasukan Asia.

Satu lagi gandingan pasukan Asia, Gavin Kyle Green dan Yuta Ikeda juga cemerlang memberikan satu lagi mata apabila menutup hari pertama dengan kemenangan 2&1 (two and one) dengan catatan 2 UP (two Up) selepas bermain 17 lubang.

Hideto Tanahara dan Phachara Khongwatmai pula dipaksa bekerja keras sehingga ke lubang terakhir sebelum memberikan mata ketiga untuk pasukan Asia.

Mereka mendahului 3 UP (three up) selepas 13 lubang namun kesilapan di dua lubang seterusnya apabila Phachara melakar par manakala Alex Noren membenam birdie untuk merapatkan jurang kepada 1 UP (one UP).

Arjun menarik nafas lega apabila Tanahara muncul wira membenam birdie untuk mengesahkan kemenangan buat Asia.

Mata pasukan Eropah kendalian Thomas Bjorn meraih mata menerusi pasangan Paul Casey dan Tommy Fleetwood yang menang mudah 5&4 (five and 4) mengumpul 4 UP (four up) dengan baki tiga lubang ke atas gandingan Byeonghun An dan Kiradect Aphibarnrat.

Ross Fischer dan Tyrrell Hatton turun melakar kemenangan mudah buat Eropah untuk meraih mata kedua selepas mencatat 5&4 (five and four) dimana mereka hanya bermain sehingga lubang 14 untuk mendahului 5 UP (Five UP).

Hasrat untuk melihat pasukan Asia meraih mata kempat tidak kesampaian apabila Li Haotong dan wakil negara, Nicholas Fung terikat setengah mata selepas tamat 18 lubang.

Hari kedua, kesemua pemain akan beraksi dalam format foursomes sebelum melengkapkan saingan Piala Eurasia dengan format single play.

 

Berikut undian bagi format Foursomes pada Sabtu 13 Januari 2018 :

 

  

 

 

- Advertisement -