Bambang, Simic ketuai jentera serangan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/01/bambang-simic-ketuai-jentera-serangan">
Twitter
Pinterest

Simic

Penyerang veteran sensasi Bambang Pamungkas akan mengetuai jentera serangan Persija Jakarta bersama-sama penyerang dari Croatia, Marco Simic dalam saingan Boost Sportfix Super Cup di Bukit Jalil yang bermula Sabtu ini.

Kelibat kedua-dua pemain itu dijangka menjadi tumpuan memandangkan Bambang pernah beberapa musim bermain dengan Selangor malah membantu pasukan itu menjulang treble bersejarah pada tahun 2005 di mana dia menjaringkan hatrik dalam aksi final Piala Malaysia menentang Perlis di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Simic pula cemerlang menjaringkan tujuh gol untuk Negeri Sembilan dalam kempen 100PLUS Liga Premier dan kemudiannya sembilan gol dalam 11 perlawanan untuk membantu Melaka kekal di Liga Super 2018. Dia juga hampir sahaja menyertai Kelantan pada bulan lalu namun merubah haluan pada saat akhir.

Pasukan itu akan membawa 23 pemain untuk beraksi di edisi sulung saingan tiga penjuru itu yang turut membabitkan kelab Thailand, Ratchaburi FC dan wakil Malaysia, Kelantan di mana sebahagian daripada mereka (15 pemain) dijangka tiba di ibu negara pada Khamis bersama jurulatih Stefano Cuggura.

Manakala sebahagian lagi pemain dan pegawai pasukan akan tiba pada Sabtu setelah tamat aksi terakhir jelajah pra-musim Piala Super Suramadu 2018 pada Jumaat dengan Persija akan  turun menentang Persela Lamongan.

Hanya dua pemain iaitu Rezaldi Hehanussa dan Andritani Ardiyasa tidak dapat turut serta ke Kuala Lumpur memandangkan kedua-duanya perlu melapor diri di kem latihan pusat pasukan kebangsaan Indonesia pada Sabtu ini.

Persija akan membuka kempen Sportsfix Super Cup dengan menentang Ratchaburi FC pada Sabtu dan aksi kedua adalah menentang Kelantan pada 16 Januari. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0