Selepas cemerlang melakar kemenangan 3-1 ke atas Ratchaburi Mitr Phol pada Sabtu lalu, Persija Jakarta turun dengan barisan pemain yang dibawa daripada Piala Suramadu di Jawa Tengah untuk memburu kemenangan kedua ke atas Kelantan di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil.

Kelantan yang terkenal dengan nama The Red Warriorr turun dalam aksi pertama pra musim 2018 dibawah kendalian jurilatih baru dari Thailand, Sathit Bensoh.

Bagi Alessandro Stefano Cugurra, perlawanan menentang Kelantan bukan tugas mudah meskipun diatas kertas, Persija dilihat memiliki kelebihan kerana sudah bermain satu perlawanan.

“Kami ada tujuh peluang untuk menjaringkan gol, tetapi penjaga gol Kelantan (Khairul Fahmi Che Mat) beraksi dengan cemerlang.

“Mereka (Kelantan) berjaya melakukan jaringan menerusi serangan balas dan kami cuba melakukan percubaan, tetapi dua pemain pertahanan mematahkan usaha kami,” kata Cugurra.

Gandingan pemain pemain yang tiba daripada Jawa Tengah selepas beraksi di Piala Suramadu dengan pemain yang dibawa lebih awal tampak masih belum mencapai sasaran yang diletakkan pengendali kelahiran Brazil ini.

“Menang atau kalah bukan perkara utama untuk saya, perlawanan ini (Piala Super Bosst Sportsfix) menjadi medan terbaik untuk kami melakukan persiapan pra musim ,”kata Cugurra lagi.

Dalam pada itu, pengendali baru Kelantan, Sathit melihat semanat juang pemain menjadi kunci utama pada kemenanangan ke atas Persija.

Namun masih ada ruang yang perlu diteliti dan perlu diperbaiki sebelum perlawanan kedua pada Sabtu.

“Terima kasih kepada semua pemain yang bekerja keras dan kami akan cuba lakukan sesuatu untuk perlawanan Sabtu ini.

“Persija berikan perlawanan yang sengit dan pemain pemain saya menang kerana motivasi mereka,”kata Sathit 

Kelantan menunda detik manis Persija Jakarta untuk meraih trofi sulung musim 2018 selepas pemain gantian, Bruno Lopez manjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti di minit ke 76.

Penalti diberikan oleh pengadil bertugas, Zulkarnain Zakaria selepas pemain gantian pertahanan Persija Jakarta, Vava Mario Yagalo mengasari Alfred Ferdinand di minit ke 74.

“Kami mampu untuk mencipta peluang di perlawanan persahabatan sebelum ini, hanya kali ini peluang agak sedikit kerana perlawanan yang sengit ,”kata Sathit lagi.

Deretan peluang terhidang untuk kedua dua pasukan sepanjang 70 minit perlawanan, namun ketumpulan penyudah menyaksikan kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Malah, ketangkasan penjaga gawang Persija Jakarta, Dary Ono dan Khairul Fahmi Che Mat yang mengemudi gawang TRW wajar diberi pujian apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya seperti Marko Simic dan Alfred Ferdinand.

Pemenang bagi Piala Super Boost Sportsfix 2018 akan diketahui selepas perlawanan terakhir pada Sabtu, 20 Januari.

Piala Super Boost Sportsfix dijadual bermula dari 13 – 20 Januari 2018. Jualan tiket perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan FA, Persija Jakarta dan wakil dari Thailand, Rtachaburi FC boleh di buat menerusi atas talian www.sportsfixcup.com. 

Jadual perlawanan adalah seperti berikut:

20 Januari 2018 (Sabtu), 8.00 malam         :           Kelantan FA lawan Ratchaburi FC

- Advertisement -