Saingan jelajah berbasikal terbesar di rantau Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi 2018 dikekalkan kepada lapan peringkat perlumbaan.

Keputusan ini dibuat selepas pihak penganjur LTdL 2018 mengambil kira saranan daripada Kesatuan Berbasikal Dunia (Union Cycliste Internationale), UCI. 

Pengekalan jumlah peringkat seperti edisi lalu bertujuan untuk mengekalkan pertandingan bertaraf antarabangsa ini bagi mengekalkan tahap pertandingan yang  lebih kompetitif sekaligus  memenuhi keperluan pelumba pelumba dari luar negara  khususnya.

Dalam pada itu, penganjur LTdL yang diterajui M Kumaresan selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah pun mengambil langkah drastik untuk melakukan sedikit perubahan terhadap laluan yang telah diumumkan pada 26 Januari lalu.

Malah, tarikh juga telah dipinda kepada  18 hingga 25 Mac 2018. 

- Advertisement -