Undian bagi peringkat kumpulan bagi Kejohanan Badminton Berpasukan (ATC) 2018 menyaksikan laluan mencabar buat pasukan wanita negara.

Tamat undian bagi kedudukan negara mengikut kumpulan, skuad Piala Uber negara diundi dalam kumpulan Y bersama sama Thailand, Vietnam dan Filipina.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan 10 pemain yang menggalas cabaran wanita; Soniia Cheah, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun dan S Kisona.

Manakala gandingan Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Goh Yea Ching-Yap Cheng Wen akan membawa cabaran bagi acara bergu.

Lain lain keputusan menyaksikan juara bertahan, China dijangka tidak berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan Z bersama sama Indonesia dan Singapura.

Manakala naib johan 2016, Korea Selatan berada di dalam kumpulan X bersama sama Taiwan dan Maldives.

Lima slot merit diperuntukkan bagi zon Asia dimana dua slot telah pun diisi oleh Thailand atas kapasiti tuan rumah manakala satu lagi slot diisi China selaku juara bertahan.

Manakala zon Eropah empat slot menjadi rebutan dikalangan 24 negara yang bertanding manakala zon Pan Amerika, Oceania, dan Afrika satu slot diperuntukkan.

Tiga slot terakhir dipilih berdasarkan kedudukan ranking pasukan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, saingan bagi kelayakan Piala Thomas memperlihat laluan seimbang untuk Malaysia selepas diundi dalam kumpulan C bersama sama Taiwan, Thailand dan Myanmar.

Manakala naib juara 2016, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi peringkat kumpulan D selepas diundi bersama sama India, Filipina dan Maldives.

Satu lagi pasukan yang dianggap sebagai pasukan pilihan, Korea Selatan berada di dalam kumpulan B bersama sama Jepun, Nepal dan Kazakhstan.

Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber dijadual bermula dari 20-27 Mei di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Zon Asia diperuntukkan lima daripada 16 kuota untuk layak ke pusingan akhir secara merit termasuk  Thailand yang diberi atas kapasiti sebagai tuan rumah.

Kecuali Thailand, 14 lagi pasukan akan bertanding untuk memburu empat slot bagi zon Asia dimana mereka perlu mara sehingga pusingan separuh akhir.

Begitu juga dengan zon Eropah yang diperuntukkan lima termasuk Denmark yang merupakan juara bertahan layak secara automatik.

Manakala tiga zon, Oceania, Pan Amerika dan Afrika, masing masing diperuntukkan satu slot sementara baki tiga lagi slot terakhir untuk melengkapkan 16 pasukan ke perlawanan pusingan akhir dipilih berdasarkan ranking berpasukan yang akan dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF)  .

 

Undian Pasukan Lelaki:

Kumpulan A : China, Hong Kong, Singapura

Kumpulan B : Jepun, Korea Selatan, Nepal, Kazakhstan

Kumpulan C : Taiwan, Malaysia, Thailand, Myanmar

Kumpula D : Indonesia, India, Filipina, Maldives

 

Undian Pasukan Wanita

Kumpulan W : Jepun, India, Hong Kong

Kumpulan X : Korea Selatan, Taiwan, Maldives

Kumpulan Y : Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina

Kumpulan Z : China, Indonesia, Singapura

- Advertisement -