Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan akan berlaku pertukaran bagi senarai pemain yang akan menggalas tugas di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2018 yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah bermula 6 Februari.

Kejohanan ini merupakan pusingan kelayakan bagi semua negara negara Asia untuk memburu tiga slot automatik selepas Thailand meraih tiket atas kapasiti tuan rumah.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai menjelaskan pertukaran pemain mungkin akan berlaku khususnya perseorangan lelaki, namun ia belum dimuktamad.

“Dalam tempoh minggu ini, kita akan adakan perbincangan dengan Dato Misbun Sidek dan pada sabtu lepas, kita ada mesyuarat dan berbincang dengan jurulatih berhubung senarai pemain perseorangan,”kata Chin Chai.

Datuk Lee Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Lee Zhi Jia dipilih BAM untyuk menggalas tugas sebagai wakil Malaysia untuk kelayakan Piala Thomas awal Februari depan.

Namun, kesemuanya gagal menyerlah di Perodua Malaysia Masters minggu lepas selepas tersingkit di pusingan awal.

Presiden BAM, Dato Seri Norza Zakaria untuk menyenaraikan pemain perseorangan profesional negara, Liew Darren ke dalam skuad ke kelayakan Piala Thomas, Datuk Ng Chin Chai menyerahkan keputusan kepada barisan kejurulatihan.

“Mungkin juga. Tetapi kita perlu hormati pandangan jurulatih kerana mereka lebih pakar dalam aspek teknikal dan akan putuskan apa yang terbaik untuk pasukan ini.

“Liew Darren akan bermain di Terbuka India (30 Januari – 4 Februari )akan tamat pada Ahad. Kita akan bergerak ke Alor Setar pada Sabtu (3 Februari), jadi pilihan masih lagi terbuka.

“Mungkin ada juga pertukaran untuk posisi perseorangan wanita kerana pemain mengalami kecederaan ringan. Kita akan ketahui pada Rabu,”katanya lagi.

Datuk Ng Chin Chai hadir di mesyuarat Jawatakuasa Kerja bagi sukan Badminton di Bukit Jalil yang turut dihadiri wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Bahagian Sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk berlaku kecederaan dikalangan pemain pemain yang dipilih ketika ini susulan jadual kejohanan yang padat sepanjang bulan ini.

Selepas Malaysia Masters minggu lalu, pemain pemain akan terbang ke Indonesia untuk mengharungi Daihatsu Indonesia Masters (23-28 Januari) disusuli Terbuka India (30 Januari – 4 Februari).

Dalam perkembangan berasingan, BAM mengesahkan seramai 28 orang pemain yang bernaung dibawah BAM berada di dalam tiga program utama.

12 pemain berada dibawah Program Podium, manakala sembilan di senaraikan dibawah persiapan untuk emnghadapi Sukan Komanwel dan Asia yang akan berlangsung pada April dan Ogos tahun ini manakala tujuh lagi diletakkan dibawah program persiapan bagi temasya sukan SEA 2019.OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -