Selepas berlangsung dua aksi Liga Super, hanya dua pasukan iaitu Pahang dan Kuala Lumpur belum menjaringkan sebarang gol. Pahang seri tanpa jaringan menentang Perak dalam aksi pembukaan pada Sabtu sebelum kecundang 0-1 kepada Perak pada Rabu.

Kuala Lumpur pula tewas kepada Selangor dan Negeri Sembilan, kedua-duanya dengan jaringan 0-2.

Melihat barisan serangan kurang menyengat, jurulatih Pahang, Dollah Salleh menuntut penyerangnya untuk tampil lebih klinikal di depan gol dan memecahkan kebuntuan jaringan apabila pasukannya menentang Kelantan, pada Sabtu.

Kehilangan dua penyerang import, Matheus Alves serta Yamil Romero nyata begitu dirasai tok gajah dan kehadiran Norshahrul Idlan Talaha dan Chan Vathanaka untuk bergandingan dengan Mahamadou Sumareh belum menampakkan impak positif.

ā€œKita bermain dengan baik dalam kedua-dua perlawanan, saya berpuas hati tetapi kecewa tiada sentuhan penyudah. Dalam bolasepak jika gagal manfaatkan peluang, kita dihukum. Kita tiada penyerang yang mempunyai naluri pemusnah di depan gol dan masalah ini perlu segera diatasi.

ā€œSaya tidak mahu pemain ulang lagi kesilapan sama menentang Kelantan nanti, mungkin juga saya akan buat rombakan,ā€ kata bekas pengendali kebangsaan itu.

Menambah kegusaran di kem Pahang, mereka juga belum dapat menggunakan khidmat penyerang import baru, Sergio Ezequiel Unrein yang masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia.OLEH MUHD AIMANĀ 

 

- Advertisement -