Terengganu yakin rencatkan permulaan sempurna Selangor

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/02/terengganu-yakin-rencatkan-permulaan-sempurna-selangor">
Twitter
Pinterest

Pertembungan antara Terengganu FC (TFCI) dan pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu, menjanjikan aksi menarik tatkala kedua-dua pasukan dalam usaha melebarkan permulaan sempurna mereka bagi musim 2018.

Selangor mengambil alih takhta liga setelah melakar kemenangan kedua dengan membelasah Melaka United 4-1 pada Rabu manakala TFC I pula mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mencatat dua keputusan seri menentang PKNS FC (2-2) diikuti Kelantan (1-1).

Jurulatih TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, “Setelah dua perlawanan, belum ada rezeki untuk kita menang walaupun telah bermain dengan baik. Jadi aksi kali ini, yang juga aksi kedua di laman sendiri saya lihat sebagai peluang terbaik untuk melakukannya.

“Kesilapan kita di Kota Bharu tempoh hari adalah gagal mengekalkan momentum selepas beroleh gol awal dan membenarkan lawan untuk kembali dalam permainan. Itu tidak sepatutnya berlaku, dalam mana-mana situasi kita sepatutnya membunuh semangat mereka.

“Jadi, saya harap pemain belajar dari kesilapan itu. Saya fikir ia tidaklah mustahil untuk tewaskan Selangor kerana kita mempunyai barisan pemain yang bagus untuk dipertaruhkan. Saya percayai kemampuan pemain saya walaupun Selangor juga pastinya turun dengan keyakinan tinggi setelah kemenangan besar ke atas Melaka,” kata Irfan.

Selain pertemuan TFC I dan Selangor, turut berlangsung pada Sabtu adalah aksi antara Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuala Lumpur menentang Johor Darul Takzim di Stadium Cheras dan Perak menentang PKNS FC di Stadium TLDM, Lumut. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0