Saingan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2018 membuka tirai pada Sabtu (3 Mac) melibatkan kategori B-14 tahun dan B-17 tahun.

Kejutan berlaku pada perlawanan pertama apabila juara tiga kali Piala Sumbangsih, SMK Tunku Anum gagal meraih tiga mata berharga selepas tumpas 1-3 kepada SMK Bukit Indah.

Jurulatih SMK Tunku Anum, Adzlan Abu nyata kecewa dengan prestasi anak didiknya yang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selain mendahului diawal saingan.

“Kami sudah memiliki momentum kemenangan dan segalanya baik pada separuh masa pertama dan berjaya mendahului saingan.

‘Tetapi pemain tampak ‘santai’ dan leka hingga membri peluang kepada pihak lawan untuk bangkit dan mencipta kemenangan,” kata Adzlan.

Pemain terbaik Piala Sumbangsih, Muhd Aliff Hasmardi meletakkan tuan rumah mendahului seawal minit kelima, namun pelawat bangkit dengan dua gol dalam tempoh lima minit.

Gerakan rakan sepasukan disudahkan dengan kemas Muhd Akmal Hakim Rosli di minit ke 11 untuk menyamakan kedudukan sebelum giliran Muhd Irfan Zakwan Salizan meletakkan SMK Bukit Indah didepan 2-1 di minit ke 16.

Irfan sekali lagi mencatat nama selaku penjaring ketiga untuk SMK Bukit Indah selesa sekaligus membawa pulang tiga mata.

Nasib yang sama turut menimpa satu lagi finalis Piala Sumbangsih, SMK Mutiara Impian yang kecundang 0-2 di tangan Sekolah Sukan Malaysia Pahang B13 A.

Hazriq Haqqim Mohd Izham meletakkan SSMP B13 didepan di minit ke 20 sebelum Muhd Farish Daniel Mohd Rahima melengkapkan kemenangan selesa 2-0 di minit ke 63.

Satu lagi pasukan dari Pahang, SS Malaysia Pahang Bahang B14 turut meraih tiga mata berharga selepas mengatasi tuan rumah SMK Za’ba di Stadium Mini SMK Za’ba

Dalam pada itu, Sekolah Sukan Tunku Ismail B-14 hampir terlepas peluang untuk meraih tiga mata sebelum menang tipis 3-2 ke atas SMK Presint 14 (1) dalam perlawanan yang berlangsung di Bandar Penawar.

Muhammad Azrin Shah Rohaizy menyumbat dua gol untuk SSTMI mendahului dua gol tanpa balas di minit 9 dan 43.

Khairul Naim Khairul Malek mengurangkan defisit gol kepada 1-2 memihak SMK Presint 14 (1) di minit ke 60, namun Muhd Rashid Abdul Sammy kembali menjarakkan jurang mata dengan gol ketiga berselang seminit kemudian.

Pelawat terus memburu gol dan berjaya mencetak gol kedua menerusi Muhd Zaim Iqbal Zulkarnain di minit ke 64, namun gagal mengesahkan SSTMI selaku pemenang.

Aksi tunggal di Lembah Kelang menyaksikan wakil dari Perlis, SMK Syed Hassan melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Seri Titiwangsa.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhd Adam Haqeemiey Ibrahim di minit ke 46.

“Pemain pemain tampak bergelut untuk mencari keserasian pada separuh masa pertama dan saya melakukan beberapa perubahan untuk separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan gol.

“Sudah tentu kemenangan yang diraih bermakna untuk kami tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk mengharungi perlawanan akan datang,” kata jurulatih SMK Syed Hassan, Azhar Razak.

Di Melaka, jaringan tunggal Muhd Rafif Syahmi Ariffin pada babak kedua perlawanan sudah cukup untuk memastikan SMK Bukit Nenas pulang dengan tiga mata sekaligus mengecewakan SMK Seri Kota dilaman sendiri.

Keputusan Penuh perlawanan minggu pertama 3 Mac 2018

Kategori Bawah 14 tahun

SMK Zaaba (0) (2) SS Malaysia Pahang B14 A

SMK Tunku Anum (1) (3) SMK Bukit Indah

SS tunku Mahkota Ismail B 14 (3) (2) SMK Presint 14

SMK Seri Titiwangsa (0) (1) SMK Syed Hassan

SMK Mutiara Impian (0) (2) SS Malaysia Pahang B13 A

SMK Seri Kota (0) (1) SMK Bukit Nenas

Kategori Bawah 17 tahun

SMK Tunku Anum (3) (0) SMK Bukit Indah

SMK Seri Titiwangsa (0) (1) SMK Syed Hassan

SMK Mutiara Impian (4) (0) SS Malaysia Pahang B15 A

SMK Seri Kota (0) (3) SMK Bukit Nenas

- Advertisement -