Saingan Formula 4 Asia Tenggara (Formula 4 SEA) musim 2017 mahu ditamatkan dengan noktah kejayaan apatah lagi bakal beraksi di laman sendiri di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.

Kalendar 2017, Nazim memulakan saingan Formula 4 SEA dengan kejayaan selepas mengungguli Litar Antarabangsa Sepang dengan memenangi perlumbaan kelima selain menduduki tangga ketiga pada perlumbaan keempat untuk menduduki tangga ketiga keseluruhan.

Kejayaan Nazim tidak terhenti di Sepang, malah beliau membuktikan impiannya untuk menjadi pelumba Formula 1 bukan sekadar angan angan apabila menaiki podium sebanyak empat kali ketika siri ketiga di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada Januari lalu.

“Saya menjangkakan untuk memenangi sebanyak mungkin perlumbaan dan cabaran pastinya sengit. Saya tidak akan memburu gelaran keseluruhan kerana tidak mengambil bahagian di dua perlumbaan sebelum ini,”kata NAzim.

Formula 4 SEA merupakan platform buat pelumba muda untuk memulakan karier sebagai pemandu bagi sukan permotoran seperti formula one dan ditaja sepenuhnya oleh Petron.

Tambah Nazim, selain menyertai F4 SEA beliau juga akan beraksi di F4 di Itali yang akan bermula tidak lama lagi.

“Sekarang saya juga sedang berlumba di F4 di Itali, ketika ini saya sedang berehat dan bercuti kerana tiada perlumbaan di sana ketika ini.

“Tetapi saya putuskan untuk berlumba di Formula 4 disini hujung minggu ini,”katanya lagi.

Kalendar F4 SEA musim 2017 bermula di LItar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 29 September hingga 1 Oktober tahun lalu sebelum meneruskan siri kedua di Clark International Speedway di FIlipina pada 20-22 Oktober.

Thailand menjadi destinasi ketiga dimana perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 12-14 Januari dan SIC kembali mejadi venue bagi siri keempat pada 2-4 Februari diikuti siri terakhir yang akan memulakan saingan pada 13-15 April depan.

Selepas empat siri perlumbaan, pelumba kelahiran China, Daniel Cao mengungguli carta kedudukan dengan 438 mata diikuti Kane Shepherd dari Thailand yang mengumpul 319 mata manakala Pelumba kelahiran Belgium, Ugo de Wilde di kedudukan ketiga.

Sementara Nazim Azman menghuni tangga keempat, dibezakan dengan 35 mata dengan Ugo de Wilde

 

Event 5 Provisional Schedule

 

 Friday 13th April 2018
09:30 – 10:00 Free Practice
12:30 – 13:00 Qualifying
17:45 – 18:15 Race 1
Saturday 14th April 2018
09:55 – 10:25 Race 2
14:45 – 15:15 Race 3
Sunday  15th April 2018
09:25 – 09:55 Race 4
13:15 – 13:45 Race 5
15:55 – 16:25 Race 6

 

- Advertisement -