Pemain tengah Kelantan, Mohd Badri Radzi bersedia untuk meninggalkan Kelantan selepas dikatakan kecewa dengan pengurusan The Red Warriors.

Malah, beliau meluahkan kesediaannya untuk menyertai mana mana pasukan yang memerlukan khidmat pemain berusia 36 tahun itu.

Beliau yang dikenali dengan nama Piya sedikit terkejut apabila namanya tiada di dalam senarai pengendali baru Kelantan, Fajer Ibrahim dan ia hanya diketahui menerusi kenyataan Presiden KAFA di media.

Malah, bukan sahaja Badri, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat juga dikatakan tiada didalam senarai Fajer.

“Saya dan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) memang tidak tahu. Piya terkilan sebab ia keluar dalam akhbar dan jika dia (Presiden KAFA) profesional, dia boleh beritahu saya untuk cari pasukan lain,”kata Badri kepada media tempatan.

Untuk ketika ini, Piya akan terus bermain untuk Kelantan sehingga kontraknya tamat atau KAFA bersedia untuk menamatkan kontraknya lebih awal selain menjelaskan baki gajinya sehingga November.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi Che Mat sudahpun dilamar beberapa pasukan dalam Liga Malaysia namun masih belum membuat keputusan keran masih dalam proses perbincangan.

 

 

- Advertisement -