Selangor menang aksi panas, PKNS bawa bekalan tipis

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/04/selangor-menang-aksi-panas-pkns-bawa-bekalan-tipis">
Twitter
Pinterest

Rajagobal

Juara lima kali, Selangor membawa bekalan selesa untuk menghadapi aksi timbal balik setelah garang membenam tuan rumah, Kuala Lumpur 3-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Sabtu.

Perlawanan pertama kendalian Nazliazmi Nasir yang secara rasminya bertugas selaku ketua jurulatih itu menyaksikan Red Giants menjaringkan gol menerusi Willian Pacheco pada minit ke-20 dan Rufino Segovia pada minit ke-24 dan 90.

Perlawanan bagaimanapun dicemari dengan insiden layangan kad merah kepada penyerang skuad warga kota, Guilherme De Paula setelah pemain itu menumbuk Halim Zainal manakala ketua jurulatih KL, Fabio Maciel da Silva pula diarah meninggalkan padang setelah mengasari pemain Selangor.

Di Stadium Shah Alam, PKNS FC bimbingan Datuk K.Rajagobal melakar kemenangan 2-1 ke atas Perak menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-25 dan ketua pasukan Safee Sali pada minit ke-87.

Wander Luiz memastikan cabaran skuad Mehmet Durakovic belum berkubur setelah menjaringkan satu gol penting di tempat lawan menerusi sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di sebelah petang, pasukan Liga Premier Felda United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas tuan rumah PKNP FC di Stadium Negeri Batu Kawan.

Gol tunggal skuad bimbingan B.Sathianatan itu dijaringkan oleh Thiago Augusto lima minit selepas permainan bersambung di separuh masa kedua. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0