KAFA main tarik tali

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/05/kafa-main-tarik-tali">
Twitter
Pinterest

PKNS FC mengesahkan mereka sudah berhubung dengan Persatuan Bolasepak Kelantan untuk mendapatkan khidmat Nik Shahrul Azim Abdul Halim bagi memantapkan barisan pertahanan.

PKNS kendalian Datuk K. Rajagobal agak goyah di pertahanan dan sudahpun melepaskan 14 gol dalam 10 perlawanan. Justeru mereka melihat dengan kemasukan pemain berpengalaman seperti Nik Shahrul ia dapat menutup kepincangan tersebut.

Rajagobal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun beliau berkata tidak ada sebarang perkembangan buat masa ini berkenaan rundingan antara kedua-dua pihak.

Namun adalah difahamkan KAFA masih belum pasti mahu melepaskan pemain berusia 28 tahun itu walaupun sebelum ini presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan ada menyatakan kesediaan berbuat demikian.

Ini kerana Kelantan masih lagi menganggap Nik Shahrul sebagai pemain tonggak utama pasukan lebih-lebih lagi mereka telah pun kehilangan terlalu ramai pemain senior sebelum ini. Malah pemain itu satu-satunya pemain senior tempatan yang masih ada selepas Farisham Ismail juga disisihkan.

Justeru mereka berasakan khidmat sekurang-kurangnya seorang pemain senior perlu dikekalkan bagi mengimbangi pasukan. Kelantan juga diketahui pincang di posisi pertahanan dan sudah melepaskan 18 gol setakat ini.

Keputusan muktamad sama ada Nik Shahrul akan menjadi pemain terbaru meninggalkan Kelantan atau dikekalkan, akan diketahui dalam tempoh terdekat. – OLEH MUHAMMAD AIMAN 

Please follow and like us:
0