Penganjur temasya sukan dwi tahunan, Sukan SEA bagi tahun 2019, FIlipina menyenaraikan 30 jenis sukan bagi edisi ke 30.

Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) di Manila baru baru ini.

Mahu atau tidak, Malaysia berdepan risiko untuk mempertahankan status sebagai juara keseluruhan yang telah dilakukan pada 2017.

Beberapa sukan yang sudah dilabel sebagai lubuk emas Malaysia tidak disenaraikan di Sukan SEA ke 30 tahun depan.

Ping pong, Tenis, Pencak Silat, Hoki, Ragbi 7s, Petanque dan berbasikal trek antara sukan yang didominasi Malaysia, namun tidak disenaraikan dalam senarai 30 sukan yang diumumkan oleh Filipina.

Kesemua ahli gabungan SEAGF boleh membuat rayuan untuk memasukkan sukan sukan yang tiada di dalam senarai 30 yang telah diumumkan sebelum keputusan muktamad tentang jumlah sukan dan acara yang dipertandingkan di Sukan SEA ke 30.

 

 

 

- Advertisement -