Skuad Piala Thomas Malaysia tidak berdepan masalah untuk mengesahkan kemenangan pertama dalam aksi kumpulan D selepas mengatasi Rusia 5-0.

Kesemua permainan yang diharungi Malaysia berakhir dengan kemenangan straight set sekaligus memberikan motivasi kepada pemain pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya kelak.

Mengetuai cabaran, perseorangan negara, Datuk Lee CHong Wei yang hanya memerlukan 28 minit untuk menundukkan Vladimir Malkov 21-9, 21-6 sekaligus memberikan mata pertama untuk Malaysia.

Gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula tampak sedikit bergelut sebelum mengesahkan kemenangan kedua untuk Malaysia, menewaskan Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-18, 21-19.

Meneruskan rentak kecemerlangan selepas itu, perseorangan kedua, Lee Zii Jia yang melakar kemenangan straight set 21-13, 21-16 ke atas Sergey Sirant untuk menghadiahkan mata ketiga Malaysia.

Pasangan bergu yang baru digandingkan, Aaron Chia-Teo Ee Yi juga cemerlang untuk mengenepikan cabaran Evgenij Dremin-Denis Grachev 21-16, 21-9.

Melengkapkan saingan hari pertama kem negara, Iskandar Zulkarnain yang menundukkan Rodion Alimov 21-9, 21-12 sekaligus memberikan kemenangan 100 peratus untuk Malaysia.

Perlawanan kedua, Malaysia akan turun berdepan pasukan Algeria untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan D.

 

- Advertisement -