Bekas penyerang Selangor dan Perak, Paolo Rangel akan menyarung jersi Hijau Kuning, mewakili pasukan Kedah baki membantu Lang Merah mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Penyerang kelahiran Brazil ini cukup sinonim dalam Liga Malaysia dan dilabel sebagai salah seorang penggempur berbisa.

Beliau memulakan karier di Malaysia bersama pasukan Perak menerusi pinjaman sebelum berhijrah ke Selangor pada 2013 selepas dibawa daripada Muangthong United.

Penyerang berusia 33 tahun ini meledak 18 gol sepanjang 22 penampilannya bersama The Red Giants dan berhijrah ke Terengganu diikuti JDT dan JDT 2.

Rangel pulang ke Brazil seketika dan menyertai Londrina pada 2017 sebelum kembali semula ke Thailand untuk menyertai Nakhon Ratchasima.

Kenyataan menerusi laman sosial rasmi Facebook KFA, sesi menandatangani kontrak dihadiri Paolo Rangel dan ejennya manakala {ersatuan Bolasepak Kedah (KFA) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Yusdi Madeonus Mohd Yunus.

KFA menanti pengesahan daripada MFL dalam masa terdekat untuk mendapatkan lampu hijau bagi Rangel untuk   beraksi dalam Liga Super. – OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -