Goh V Shem-Tan Wee Kiong seperti biasa dipilih untuk berdepan gandingan Indonesia, Kevin Sukamuljo-Marcus Gideon untuk memburu mata kedua selepas Lee Chong Wei menyumbang mata pertama untuk Malaysia dalam aksi perseorangan pertama.

Pertarungan diantara Malaysia dan Indonesia penuh drama dimana V Shem dan Wee Kiong saling berbalas perang psikologi dengan Marcus dan Kevin.

Aksi pantas dipamer kedua dua bergu yang hanya menanti kesilapan lawan untuk melepaskan smash sekaligus meraih mata.

Perang psikologi set pertama sah milik Kevin dan Marcus yang melakar kemenangan 21-19.

V Shem dan Wee Kiong tampak bermain secara serius di set kedua, tidak banyak memberi ruang kepada bergu Indonesia untuk menyerang sekaligus melakar kemenangan 22-20 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Bergu negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 seakan akan hilang rentak di set ketiga apabila ketinggalan 3-11 kepada Kevin Sukamuljo-Marcus Gideon.

Meskipun cuba bangkit untuk merapatkan jurang mata. namun perjuangan V Shem- Wee Kiong tidak memberi banyak perubahan apabila tewas 13-21 sekaligus memberikan mata penyamaan untuk Indonesia. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -