Perjuangan skuad Piala Thomas Malaysia untuk ke separuh akhir bermula dengan langkah kanan hari ini selepas Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan menyumbang mata pertama dalam aksi perseorangan.

Berdepan Anthony Ginting, Chong Wei ternyata beraksi di kelas tersendiri sepanjang perlawanan meskipun sekali sekala diekori rapat.

Ginting yang menduduki ranking ke 13 dunia hanya mampu untuk mengikat Chong Wei 8 sama pada satu ketika, namun terus ketinggalan selepas itu sehingga tamat set pertama menyaksikan wakil Malaysia menang 21-19.

Tiada masalah buat Chong Wei yang menduduki ranking ketujuh dunia untuk menguasai set kedua dengan aksi kemas selain pukulan smash dan drop shot yang nyata mengelirukan Ginting.

Chong tidak mahu menunggu lama sekaligis menutup set kedua dengan kemenangan 21-16 selepas bwrtarung selama 49 minit untuk memberikan mata pertama buat Malaysia.

Turun beraksi pada perlawanan kedua, aksi bergu diantara Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang berdepan jaguh utama, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -