Selepas tiga perlawanan berlangsung bagi saingan suku akhir Piala Thomas melibatkan Malaysia dan Indonesia, kedudukan memihak Sang Garuda yang mendahului 2-1.

Mata kedua Indonesia disumbang menerusi aksi perseorangan kedua, Jonathan Christie yang menundukkan Lee Zii Jia dalam aksi tiga set.

Ternyata pengalaman menjadi pemisah diantara kedua dua pemain yang terdesak untuk mencari mata selepas terikat satu sama selepas dua perlawanan.

Jonathan Christie yang menduduki ranking ke 11 dunia tampak tidak berdepan banyak tekanan ketika berdepan Lee Zii Jia.

Pertemuan kedua dua pemain ini selepas Malaysia Masters pada awal tahun sekali lagi memihak Christie Jonathan.

Pemain Indonesia ini menguasai set pertama dengan kemenangan 21-15, namun Lee Zii Jia bangkit untuk menguasai set kedua dengan kemenangan 21-11 sekaligus mengheret penentuan pemenang ke rubber game.

Meskipun dianggap cemerlang dalam saingan kumpulan, Lee Zii Jia seakan akan hilang fokus apabila banyak melakukan kesilapan sekaligus memastikan kemenangan untuk Jonathan Christie 21-13 dan meletakkan Indonesia mendahului 2-1.KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -