Tatkala Malaysia tampak semakin hilang harapan dalam misi memburu dua teratas kumpulan D bagi saingan Piala Uber, Goh Jin Wei muncul dan menyumbang mata penting untuk kem negara.

Berdepan pemain ranking kelapan dunia, He Bingjiao, Jin wei nyata beraksi di kelas tersendiri meskipun dipaksa bermain sehingga tiga set sebelum mengesahkan mata pertama untuk Malaysia.

Set pertama memperlihatkan aksi goyah He Bingjiao yang banyak melakukan kesilapan sekaligus membuka ruang mudah kepada Jin Wei untuk melakar kemenangan selesa 21-9.

He Bingjiao bagaimanapun bangkit di set berikutnya selepas mendapat panduan daripada jurulatih untuk memperkemaskan rentak permainannya sekaligus melakar kemenangan 21-17 dan mengheret permainan ke set penentuan.

Meskipun berada di ranking 31 dunia, Goh Jin Wei bijak mencari ruang dan peluang untuk memerangkap Bingjiao yang gagal membaca gerakannya sepanjang permainan.

Jin Wei nyata menyuntik semangat juang pemain Piala Uber negara apabila melangkah keluar dari gelanggang dengan kemenangan 21-13 di set penentuan.

Malaysia ketinggalan 1-2 ke atas China selepas aksi bergu melibatkan Goh Yea Ching-Soong Fie Choo berakhir dengan kekalahan kepada Chen Qingchen-Jia Yifan 21-9, 21-8. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -