Selepas mengalami kekecewaan susulan kekalahan kepada Indonesia dalam aksi pembukaan Piala Uber kumpulan D semalam, Malaysia berdepan satu lagi tukar sukar apabila berdepan China pagi ini.

Kem Malaysia nyta berdepan tugas sukar untuk meraih mata menerusi perseorangan negara, Sonia Cheah yang tewas kepada Chen Yu Fei.

Berdepan pemain ranking kelima dunia, Sonia tampak turun dengan keyakinan di set pertama apabila berjaya membaca gerakan lawan untuk meraih mata sekaligus menang 21-18.

Namun Chen Yu Fei turun dengan permainan yang lebih aggresif tatkala Sonia lebih kerap melakukan unforce error untuk memberikan mata mudah kepada lawannya.

Meskipun mengheret permainan ke deuce selepas kedudukan terikat 20 sama, Chen Yu Fei tetap tenang mencari ruang untuk menutup set kedua 22-20 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Sonia tampak semakin hilang fokus apabila kerap melakukan kesilapan dan ketinggalan jauh, sekaligus menyerahkan mata pertama kepada China dengan kekalahan 21-18 ke atas Chen Yu Fei.KU MOHD LUFTIĀ 

 

 

 

 

 

- Advertisement -