Pemburuan kedudukan teratas dalam saingan liga perdana semakin rancak susulan jurang mata yang kecil dikalangan pasukan yang terlibat.

Di Selangor, SMK Seksyen 11 kekal dikedudukan keempat meskipun melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Tun Hussein Onn dilaman sendiri.

Gol penting yang dinantikan pengendalinya Samsul Ibrahim hadir di minit ke 66 menerusi penyudah Muhd Hafiz Haikal Hafizatulakmar.

“Kemenangan ini perlu kerana kami bermain ditempat sendiri di tambah dengan jadual yang padat dan lawan yang sukar tetapi momentum berjaya dikekalkan.

“Walaupun masih diperingkat awal, pemain pemain berjaya menunjukkan peningkatan secara berperingkat,”kata Samsul.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, SMK Seksyen 11 berkongsi  13 mata dengan SMK Gunung Rapat dan SMK Ibrahim Fikri, 3 mata dibezakan dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) ‘B’ yang terlepas peluang untuk menjarakkan kedudukan selepas terikat satu sama dengan pasukan adik SSPM B13 ‘B’.

SMK Gunung Rapat menghuni tangga ketiga berdasarkan rekod perlawanan selain kurang satu perlawanan berbanding SMK Seksyen 11.

Pendahulu liga perdana, SMK Putera terus mengukuhkan kedudukan selepas merekodkan kemenangan keenam sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan.

Meskipun bermain digelanggang lawan, SMK Putera tetap fokus untuk memastikan tiga mata berjaya diraih selepas menumpaskan tuan rumah, SMK Mutiara 3-1.

Dalam aksi liga super, jaringan Mohd Khairil Mohd Zain memastikan SSMP ‘A’ mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Syed Hassan .

Selepas tujuh perlawanan, SSMP ‘A’ mengumpul 21 mata, berkelebihan dua mata berbanding Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang turut melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas SMK Bukit Nenas.

Bermain di Setiu, SSTMI bagaimanapun ketinggalan apabila tuan rumah memecah kebuntuan di minit 32 menerusi penyudah Muhd Rafif Syahmi Ariffen.

Namun SSTMI kendalian M Kaviarasu bangkit dengan permainan yang lebih kemas dua minit berselang untuk menyamakan kedudukan menerusi gol  Danish Iskandar Ghazali.

Pelawat mengesahkan status sebagai pemenang sekaligus meraih tiga mata apabila Mohd Alban Hud Mohd Yuzli meledak gol kemenangan di minit ke 59.

 

Keputusan perlawanan

Liga Super

 

SMK Seri Kota                     3

SMK Seri Titiwangsa             1

 

SMK Bukit Nenas                 1

SSTMI                               2

 

SMK Syed Hassan                0

SSMP ‘A’                            1

 

SMK Tabuan Jaya                0

SMK Presint 14 (1)               0

 

Liga Perdana

 

SMK Kem Terendak             0

SMK Gunung Rapat              2

 

SMK Seksyen 11                 1

SMK Tun Hussein Onn         0

 

SSMP ‘B’                            1

SSMP B13 ‘B’                      1

 

SMK Ibrahim Fikri                2

MSS Putrajaya                    0

 

SMK Mutiara                       1

SMK Putera                        3

- Advertisement -