Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA ke 30, Filipina (PHISGOC) mengesahkan kira kira 50 000 sukarelawan akan digunakan di kesemua venue di Luzon dan Metro Manila.

Presiden PHISGOC, Ricky Vargas menjelaskan, sukarelawan yang telah di pilih oleh pihaknya akan mula menjalani sesi latihan sekurang kurangnya setahun, iaitu pada 30 November depan sebelum temasya Sukan SEA ke 30 bermula secara rasmi.

Para sukarelawan ini akan berada di fasiliti fasiliti utama selain membantu atlet dan pegawai serta delegasi daripada 11 negara yang mengambil bahagian.

Pusat tumpuan sepanjang Sukan SEA berlansung selama dua minggu akan tertumpu di Clark New City di bandar Pampanga dimana temasya dwi tahunan ini dijadual berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2019.

PHISGOC juga mengesahkan sebanyak 30 jenis sukan telah dicadangkan ketika mesyuarat jawatankuasa Konfederasi Sukan SEA (SEAGF).

Sebarang pindaan dan rayuan masih boleh dilakukan oleh negara negara bertanding samada mahu menambah sukan sukan yang mahu dipertandingkan.

Keputusan muktamad dijangka diketahui pada November depan.

 

- Advertisement -