Ikatan antara pelumba lebuhraya negara, Muhd Adiq Hussaini Othman dan pasukan Sapura Cycling (TSC) tidak berpanjangan apabila hanya berkekalan selama empat bulan sahaja.

Menurut pengurus TSC, Mohd Sayuti Zahid, Adiq yang menandatangani kontrak bersama TSC pada awal tahun ini telah bersetuju untuk tidak menyambung khidmatnya bersama pasukan itu.

“Keputusan berhubung kedudukan Adiq bersama TSC telah pun dibincangkan secara teliti dan kedua dua pihak telah pun mencapai kata putus,”kata Zahid.

Adiq menyertai Sapura Cycling awal tahun ini selepas empat tahun bersama Terengganu Cycling (TSG).

Sepanjang 2018, Adiq gagal meraih sebarang podium dalam lima perlumbaan jelajah berbasikal lebuhraya yang disertai.

Dalam pada itu, Sayuti turut menambah pengurusan masih belum berpuas hati dengan prestasi pelumba luar negara pasukan itu.

“Setakat ini kami masih prestasi yang ditunjukkan oleh pelumba luar negara masih belum ditahap yang kami mahukan.

“Kita akan terus menilai perkembangan pelumba pelumba ini dari semasa ke semasa,”kata Sayuti lagi.

Selepas separuh perjalanan bagi musim 2018, Sapura Cycling menduduki tangga ke 12 daripada 109 pasukan dalam kategori Kedudukan bagi Jelajah Asia.

Manakala Muhd Zawawi Azman boleh dilabel sebagai pelumba terbaik Malaysia ketika ini apabila menduduki tangga ke 76 dalam kedudukan Jelajah Asia diikuti Muhd Nur Aiman Muhd Zariff yang berada di ranking ke 156.

 

 

- Advertisement -