Kelab Badminton Ampang Jaya (AJBC) tifdak menjadi Purple League sebagai kunci penentu ukur prestasi mereka semata mata.

AJBC yang juga naib juara Purple League 2017 selepas mengungguli kategori remaja di Cabaran Kejuaraan Remaja Purple League pada tahun sebelum menganjurkan Kejuaraan Badminton 2018.

Kejohanan ini merupakan pertandingan terbuka kepada semua peminat sukan badminton dan telahpun berjaya menarik minat lebih 1 000 penyertaan.

Pengurus pasukan AJBC, Ho Chek Mong berkata,”Setiap kali menganjurkan kejohanan ini, kami mencari bakat bakat baharu.

“Melalui kejohanan seperti ini, kami berjaya menarik minat pemain pemain badminton dari seluruh negara. Ianya menjadi satu kelebihan buat AJBC untuk mencari dan mengasah bakat dan kemahiran mereka yang terpilih dan kini kami mempunyai enam pemain yang bernaung dibawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM),”kata Ho Chek Mong.

Tiga pemain berada di bawah skuad sokongan iaitu, Lee Shun Mei, Goh Yi Xuan dan Wong Kha Yan, manakala Tai Jo Yi yang berusia 14 tahun dan dua pemain berusia 13 tahun; Bryan Jeremy Goonting dan Lim Yi Wei kini berada di Sekolah Sukan.

Tambah Chek Mong lagi, sudah menjadi falsafah Kelab Badminton Ampang Jaya yang ditubuhkan pada 2010 untuk membentuk dan mengasah bakat bakat muda untuk menjadi pemain profesional yang terbaik satu hari nanti.

“Visi AJBC adalah menekankan pembangunan akar umbi. Menerusi kejohanan ini, 10% daripada yuran pendaftaran dan hasil jualan amal akan disalurkan kepada dua buah sekolah di sekitar Ampang; Sekolah Jenis Kebangsaan (C) On Pong 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Bahru.

“Saya percaya kami dilandasan terbaik dan berharap mampu melahirkan lebih ramai bakat bakat baharu. Datuk Wira Lee CHong Wei, Chan Peng Soon, malah Goh Jin Wei menerima pendedahan awal menerusi kejohanan seperti ini,”katanya lagi.

Kejohanan Badminton 2018 yang berakhir hujung minggu lalu menyaksikan Yeoh Seng Zoe muncul pemain paling cemerlang apabila menjuarai acara Perseorangan Lelaki dan Bergu Lelaki bersama sama  Chen Jia Huo dalam kategori bawah 21 tahun.

Lain lain keputusan antaranya;

Perseorangan Lelaki 

Tiew Yi Cheng  – Bawah 10 tahun

Tan Shi Li – Bawah 13 tahun

Samuel Lee – Bawah 16 tahun

Bergu Lelaki

Ooi Ye Hern/Samuel Lee – Bawah 15 tahun

Perseorangan Perempuan

Chew Tze Teng – Bawah 13 tahun

Ho Lo Ee – Bawah 16 tahun

Ghaida Nurul Ghaniyu – Bawah 21 tahun

Bergu Lelaki (Amatur) – Tan Khim Lim/Tan Yang Wah

- Advertisement -