Pasangan bergu campuran negara, Goh Soon Huat/Shevon Lai Jamie semakin hampir untuk merangkul trofi kedua musim ini selepas mengesahkan slot ke final Terbuka Singapura hari ini.

Turun dengan status pilihan kedua, Soon Huat dan Shevon Lai berdepan gandingan bukan pilihan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai untuk memburu slot ke final.

Pertemuan kelima kedua dua pasangan ini sekali lagi memihak Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jamie yang mahu menebuskan kekecewaan apabila tumbang digelanggang sendiri ketika saingan Terbuka Malaysia Jun lalu.

Bergu campuran kedua negara nyata beraksi di kelas tersendiri apabila menang straight set 21-18, 21-14 dalam masa 40 minit untuk mengesahkan slot ke final.

Namun, halangan terakhir buat Soon Huat dan Shevon untuk menaiki podium selaku juara sedikit sukar apabila di jadual berdepan pilihan utama dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.

Gandingan Indonesia ini tidak diberi laluan mudah sebelum berjaya menumpaskan rakan seperjuangan, Akbar Bintang Cahyono/Winny Oktavina Kandow straight set 26-24, 21-17.

 

- Advertisement -