Foto – MSN

426 atlet dan 140 pegawai yang bakal menggalas tugas di Jakarta dan Palembang sepanjang saingan Sukan Asia Indonesia 2018 diletakkan sasaran minima untuk meraih tujuh pingat emas.

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mensasarkan kedudukan 10 terbaik dalam senarai negara yang bertanding.

“”Sasaran adalah tujuh emas, tetapi jika bernasib baik, Insya-Allah boleh capai 11 emas,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya itu di Dataran Perdana, Bangunan Putra Perdana pagi tadi.

Seperti lazimnya, pencak silat, karate, berbasikal, takraw dan tenpin boling menjadi sandaran di Indonesia kali ini.

Penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerimanya daripada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Norza Zakaria.

Bendera kemudiannya diserahkan kepada Chef de Mission Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan seterusnya diserahkan kepada pembawa bendera ketika upacara pembukaan kelak, Syakilla Salni Jefry Krishnan daripada sukan karate.

Ketika berucap, Tun Mahathir berkata, tidak mustahil buat kontinjen negara untuk mencapai kedudukan 10 terbaik sekaligus mengulangi pencapaian ketika di Guangzhou, China pada 2010.

ā€œJika Malaysia pernah menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kita pada kali ini tidak boleh mengulangi kegemilangan itu pada 2018, atau pun melakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

“Saya yakin kontinjen kali ini amat berkemampuan untuk mencatatkan kejayaan yang lebih bermakna, insyaAllah,ā€ kata Tun Mahathir.

Tambahnya lagi, Malaysia mempunyai atlet-atlet bertaraf dunia seperti Al Jufferi Jamari (silat), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Wong Weng Soon (Wushu) selain pasukan boling wanita dan skuad hoki lelaki yang tidak kurang hebatnya.

“Saya juga yakin mereka yang terpilih ini juga adalah yang terbaik dan mampu untuk sama-sama mengharumkan nama negara,ā€ katanya lagi.

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos hingga 2 September depan dan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 35 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anggota Jemaah Menteri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan barisan atlet negara.

- Advertisement -