Selepas Peng Soon dan Liu Ying gagal meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir, Goh Sonn Huat dan Shevon sedar tanggungjawab kini dibahu mereka dalam misi memburu pingat untuk Malaysia.

Berdepan gandingan pilihan keempat dari Hong Kong, Tang Chun Man/Tse Ying Suet, Goh dan Shevon sedar ia bukan tugas mudah.

Gerakan pantas Goh dan Shevon sepanjang saingan nyata memberi tekanan kepada Chun Man dan Ying Suet yang sekali sekala mencuri mata untuk merapatkan jurang mata.

Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jamie mendahului sepanjang set pertama sebelum memastikan kemenangan 21-14.

Cerita berbeza daripada Chun Man dan Ying Suet yang mempamer aksi lebih kemas untuk mencari kemenangan di set kedua.

Mereka meraih mata demi mata hasil kesilapan bergu negara untuk memastikan pemenang ditentukan menerusi set ketiga selepas menang 21-11.

Goh Soon Huat dan Shevon terus fokus mencari peluang untuk mencari mata ke atas Chun Man dan Ying Suet dan mendahului diawal sebelum ketinggalan 9-11 dipertengahan set ketiga.

Ketinggalan sepanjang saingan, Goh Soon Huat dan Shevon Lai memanfaatkan peluang dan kesilapan Ying Suet menerusi permainan jaring untuk menyamakan kedudukan 19 sama.

Permainan yang berlanjutan ke deuce selepas kedudukan terikat 20 sama berakhir dengan kemenangan milik Tang Chun Man/Yse Ying Suet yang menang 22-20 di set ketiga untuk mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

- Advertisement -