Misi mempertahankan pingat gangsa oleh kem badminton lelaki negara di Sukan Asia 2018 di Indonesia penuh ranjau berduri.

Kem badminton lelaki negara bakal diuji dengan permulaan berliku selepas diundi berdepan Jepun bagi acara berpasukan lelaki.

Majlis undian diadakan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) dalam suasana yang kurang profesional susulan saiz bilik yang kecil.

Andai berjaya melakar kemenangan ke atas Jepun, Malaysia dijangka berdepan satu lagi tugas sukar apabila berkemungkinan besar berdepan juara bertahan empat tahun lalu, Korea Selatan yang diundi berdepan Thailand.

Manakala pemenang pingat perak acara berpasukan lelaki, China mendapat bye di pusingan awal dan akan menanti samada Hong Kong atau Mongolia di peringkat suku akhir nanti.

Malaysia menamatkan saingan bagi acara berpasukan lelaki selaku pemenang pingat gangsa bersama sama Taiwan selepas tewas 0-3 kepada China di peringkat separuh akhir.

Manakala Taiwan tumpas kepada Korea Selatan juga dengan keputusan 0-3.

 

Keputusan Undian Acara Berpasukan Wanita 

 

- Advertisement -