Pemain sepak takraw putra Malaysia Muhamad Norhaffizi Abd Razak (depan) melakukan tendangan ke arah pemain Thailand Anuwat Chaichana pada pertandingan final tim beregu putra sepak takraw Asian Games 2018 di GOR Ranau, Jakabaring Sport City (JSC), Palembang, Sumatera Selatan, Selasa (21/8).
ANTARA FOTO/INASGOC/Ferdy Siregar/nz/18.

Impian skuad takraw lelaki negara untuk membalas dendam dalam acara regu berpasukan ke atas Thailand tidak kesampaian apabila tewas 0-2 di pentas final sekaligus akur untuk tewas kali kedua berturut turut di Sukan Asia 2018.

Ibarat pertemuan semula ketika aksi peringkat kumpulan, Malaysia dan Thailand bertemu kali kedua   di gelanggang tetapi dengan senario yang berbeza dimana mereka bersaing bagi penentuan pingat emas.

Cukup sukar untuk memecahkan dominasi Thailand selaku kuasa utama sepak takraw oleh gandingan pemain Malaysia sepanjang saingan.

Regu pertama memperlihatkan saingan diantara Muhd Zulkifli Abd Razak (tekong), Muhd Nurhaffizi Abd Razak (perejam) dan Mohd Syazreenqamar Salehan (apit) dengan Anuwat Chaichana (perejam), Assadin Wongtoya (apit) dan Jantarit Khukaeo (tekong).

Thailand nyata sukar untuk digugat oleh trio negara yang tampak selesa mendominasi saingan apabila meraih mata pertama dengan kemenangan straight set 21- 15 , 21- 15.

Turun selepas itu, regu kedua diantara Farhan Adam (apit), Mohd Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohd Azlan Alias (perejam) yang berdepan Siriwat Sakha (tekong), Pornchaw Kaokaew (perejam) dan Pattrapong Yupadee (apit).

Regu Malaysia tampak mampu untuk memberikan tentangan apabila mendahului Thailand sepanjang saingan sehingga di penghujung set pertama apabila kesilapan servis oleh tekong negara, Mohd Syahir menyaksikan kedudukan terikat 19 sama.

Pemain sepak takraw putra Thailand Anuwat Chaichana (bawah) menendang bola dihalangi pemain Malaysia Muhammad Norhaffizi Abd Razak (atas) saat pertandingan final tim beregu putra sepak takraw Asian Games 2018 di GOR Ranau, Jakabaring Sport City (JSC), Palembang, Sumatra Selatan, Rabu (22/8). TANTARA FOTO/INASGOC/Nova Wahyudi/nz/18

Thailand seakan akan menanti detik ini untuk mendahului 20-19 dan menutup set pertama dengan kemenangan 21-19.

Keadaan bagaimanapun sedikit tegang apabila pemain dan pegawai Malaysia mendakwa rejaman Azlan terkena lengan Siriwat ketika di mata kemenangan, namun bantahan tersebut tidak diterima.

Set kedua, trio negara seakan akan hilang fokus terutamanya tekong negara Mohd Syahir yang gagal melakukan servis dengan sempurna.

Rejaman Pornchaw pula sukar untuk dijawab untuk meletakkan Thailand selesa mendahului 12-5 di set kedua sebelum menutup saingan dengan kemenangan 21-13 selaku pemenang pingat emas.

Pingat gangsa dikongsi dua semifinalis Indonesia dan India.

Untuk rekod, Thailand merangkul gelaran pemenang pingat emas bagi acara ini untuk kali ketujuh dalam temasya Sukan Asia.

Skuad takraw negara membutirkan pingat kedua untuk Malaysia selepas kem taekwondo menghadiahkan pingat gangsa menerusi yap Khim wen dalam acara Poomsae individu wanita.

- Advertisement -