Bergu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem / Tan Wee Kiong menepati ramalan dalam misi meneruskan pemburuan pingat buat kem badminton negara selepas mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

V Shem dan Wee Kiong tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan gandingan dari Nepal Bikash Shrestha / Nabin Shrestha dengan kemenangan straight set 21-9, 21-12 dalam masa 20 minit.

Bergu negara ini dijangka berdepan tugas sukar untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kerana berkemungkinan besar akan bertemu jaguh tuan rumah yang juga pilihan pertama Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Bergu utama Indonesia ini akan bertemu gandingan dari Jepun, Takuto Inoue / Yuki Kaneko lewat petang ini.

- Advertisement -