Tiada sasaran lain selain pingat emas dalam sukan hoki oleh India di Sukan Asia Indonesia yang akan membuka tirainya kelak.

Sejak 1958 dimana India muncul naib juara ketika itu, negara ini jarang untuk tersasar dalam kelompok tiga teratas kecuali 2006 di Doha yang menyaksikan India menduduki tangga kelima.

Tiga kali muncul juara, 1966, 1998 dan 2014 manakala sembilan kali dinobat selaku pemenang pingat perak membuktikan India merupakan salah satu kuasa besar sukan hoki di rantau Asia khususnya.

Pemain tengah veteran, Sardar Singh meletakkan pingat emas sebagai sasaran untuk pasukannya di Sukan Asia India, malah beliau melihat tiada alasan untuk rakan rakannya gagal.

“Sudah tentu saya kecewa jika ianya pingat lain. Sebagai pemain senior, sudah tentu saya mempunyai peranan yang besar untuk memastikan kesemuanya berjuang bersama sama untuk menang pingat emas,”kata Sardar Singh.

India kini dibawah pimpinan pengendali baru, Harendra Singh yang menyaksikan India sekadar dikedudukan keempat ketika Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

“Bukan mudah kerana jurulatih baru akan membawa idea idea terkini dan saya telah bermain dibawah jurulatih berbeza sejak 10-12 tahun lalu dimana pendekatan dan strategi mereka adalah berbeza.

 

 

Dalam pada itu, di rantau Asia Tenggara, Malaysia mempunyai pandangan berbeza berhubung peluang mereka di Sukan Asia 2018.

Pengendali skuad lelaki, Stephen Van Huizen melihat Malaysia bakal berdepan tugas berliku dan tidak akan memandang rendah semua pasukan yang beraksi.

Van Huizen tidak menolak Malaysia mungkin ada kelebihan berdasarkan ranking semasa pasukan yang mengambil bahagian, namun, sebarang kecuaian akan mengundang padah.

Hanya India yang mempunyai ranking tertinggi di Sukan Asia manakala Malaysia berada di kedudukan ke 12 diikuti Pakistan (13), Korea Selatan (14) disusuli Jepun (16) serta Kazakhtan (86).

ā€œSama ada kita berdepan Pakistan atau Thailand (ke-47) atau Kazakhstan, kita perlu bermain bersungguh-sungguh kerana matlamat kita untuk muncul dua pasukan terbaik dalam kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.

ā€œKita juga tidak tahu kemampuan Kazakhstan, kita tidak pernah bertemu mereka sebelum ini. Namun disebabkan mereka bekas negara Soviet Union, kita jangka corak permainan mereka sama seperti pasukan Eropah lain,ā€ kata Van Huizen.

Skuad Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Pakistan, Bangladesh, Oman, Thailand dan Kazakhstan, manakala Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan India, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka, Hong Kong dan Indonesia.

Skuad hoki lelaki antara prospek ‘bonus’ untuk menyumbang pingat emas bagi kontinjen Malaysia di Sukan Asia tahun ini.

Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran minimum tujuh pingat emas sekaligus memperbaiki pencapaian di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

Skuad Malaysian Tigers akan memulakan kempen Sukan Asia pada 20 Ogos, berdepan Kazakhstan, manakala pasukan wanita dijadual bertemu Hong Kong, sehari selepas itu.

 

- Advertisement -