Fakhri tidak rela kecewa di laman sendiri, Bagus sandaran Garuda Muda.

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/08/fakhri-tidak-rela-kecewa-di-laman-sendiri-bagus-sandaran-garuda-muda">
Twitter
Pinterest

 

Kurang 24 jam, ‘pertarungan’ bakal berlaku di Stadium Delta Sidoarjo, melibatkan dua semi finalis Kejuaraan AFF B16 diantara Malaysia dan tuan rumah, Indonesia.

Dua cerita berbeza telahpun dilakar kedua dua pasukan ini untuk mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Khamis jam 7.00 petamg waktu tempatan.

Tuan rumah Indonesia melangkah ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan A, mengumpul mata maksima tanpa sebarang kekalahan mahupun seri dalam lima perlawanan.

Malah, sepanjang lima perlawanan, 21 gol dijaringkan dan skuad kendalian Fakhri Husaini hanya melepaskan tiga gol, Myanmar (1 gol) dan Vietnam (2 gol).

Malah, ‘Garuda Muda’ ini perlu berbangga kerana memiliki penyerang muda Amiruddin Bagus Kahfi Al Fikri yang menjadi penyerang terbaik ketika ini apabila meledak 11 gol.

Bagus pastinya menjadi sandaran Fakhri untuk merobek gawang Malaysia sekaligus menafikan impian Raja Azlan Shah Raja So’ib untuk menjulang trofi AFF B16 untuk kali kedua.

Rekod yang dimiliki pasukan kendaliaan Fakhri Husaini bukanlah segalanya, kerana beliau tahu liku yang perlu dilalui Malaysia bukan mudah.

“Mereka (Malaysia) adalah satu team yang baik dan bagus dalam peringkat kumpulan. Mereka juga adalah team yang lebih baik daripada Laos. Walaupun tewas 1-2 kepada Thailand, namun pasukan lawan terpaksa bermain dengan susah payah,”kata Fakhri Husaini.

Tambah Fakhri lagi, kemenangan bukan ukuran utama skuad bawah 16 tahun Indonesia.

Namun, beliau tidak menolak untuk cuba melangkah ke final memandangkan pasukannya sudahpun berada di peringkat separuh akhir.

“Kami sudah melangkah ke separuh akhir dan bermain didepan penyokong yang fanatik dan kreatif. Sudah tentu kami juga tidak ingin mengecewakan mereka.

“Perlawanan sebelum ini kami meraih mata penuh. Tiada sasaran untuk menang tetapi pemain pemain perlu bermain dengan bersungguh sungguh di perlawanan itu nanti,”kata Fakhri lagi.

Indonesia memulakan kempen AFF B16 2018 dengan kemenangan besar 8-0 ke atas Filipina sebelum menang tipis 2-1 ke atas Myanmar.

Semangat juang semakin tinggi apabila sebalah kaki sah ke separuh akhir susulan kemenangan 4-2 ke atas Vietnam sebelum menutup saingan kumpulan dengan dua lagi kemenangan, ke atas Timor Leste (3-0) dan Kemboja (4-0) untuk muncul juara kumpulan A.

Satu lagi pasukan diisi Myanmar yang menduduki tangga kedua kumpulan yang mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu keputusan seri dan tewas sekali.

Please follow and like us:
0